Thursday, June 19, 2014

Celaka: Kalau Rayer Didakwa, Seluruh Penang Perlu Didakwa Juga


Tindakan BN mendakwa ADUN DAP Seri Delima, RSN Rayer di Mahkamah kerana beberapa kali mencelakakan UMNO dalam DUN dan ceramah, dilihat satu keputusan berbaur politik dan tidak munasabah sama sekali.

Ini kerana, seperti yang dijelaskan Rayer sendiri sebelum ini, celaka adalah perkataan yang begitu biasa di Penang.  Setiap orang mencelakakan orang yang lain di negeri itu hampir setiap hari, tidak ada apa yang perlu dihairankan.

Jangan kata antara kawan-kawan, di kalangan ibu bapa dan anak-anak juga, perkataan celaka ini adalah perkataan yang sangat biasa di Penang.  Ada anak mencelakakan ibu bapa, ibu bapa mencelakakan anak-anak dan seterusnya,
Pendek kata, biasalah perkataan celaka di Penang, apa yang kecoh sangat sampai nak mendakwa ADUN berkenaan di Mahkamah?

Macam sudah tidak ada kerja lain.

Nasib baik Pakatan Rakyat dimaklumkan sebentar tadi bahawa pejabat Penasihat Undang-Undang Penang telah menangguhkan pendakwaan ke atas Rayer dipercayai setelah menerima tekanan dari kerajaan negeri.

Keputusan ini memang patut kerana Rayer didakwa atas kesalahan yang tidak sepatutnya dipanggil kesalahan pun!!  

Jika diteruskan juga pendakwaan ke atas Rayer, ini akan mendedahkan semua rakyat Penang kepada pendakwaan yang sama, maklum sajalah seperti yang disebutkan di atas, perkataan celaka ini terlalu biasa di Penang, setiap orang pernah mengungkapkannya lebih sekali untuk setiap hari.

Kalau itu berlaku, penuhlah Mahkamah di Penang di kes-kes celaka ini sebab setiap hari pasti akan ada orang di dakwa kerana mengeluarkan perkataan tersebut.  Cukupkah bilik penjara nak dimasukkan orang-orang ini kalau disabitkan dengan kesalahan?

Pakatan Rakyat dengan itu berharap, pendakwaan ke atas Rayer bukan sahaja ditangguhkan, tapi kalau boleh dibatalkan terus.  

Malaysia ini banyak sangat buat isu-isu bodoh, hari itu minta juruterbang baca doa sebelum penerbangan, hari ini nak dakwa orang sebab sebut perkataan celaka pulak.

Cukup-cukuplah tu.