Wednesday, June 4, 2014

Digelar Celaka No 2 Di Teluk Intan, Kenapa PAS Perlu Melompat?


Selain ibu Dyana Sofya Yammi Samat, PAS dikenalpasti sebagai celaka nombor 2 yang menjadi antara faktor terbesar yang menyumbang kepada kegagalan DAP di Teluk Intan.

Fakta yang menyokong kenyataan di atas antara lain adalah kegagalan PAS meningkatkan undi orang Melayu terutama di DUN Changkat Jong dan kehilangan lebih 8,000 undi cina akibat cadangan PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

Itu puncanya kenapa Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menuduh PAS antara punca terbesar DAP kalah di Teluk Intan.


Sebaliknya PAS cuba menyelamatkan dirinya dengan menunjukkan gambar-gambar petugas PAS sebagai perayu undi untuk mengatakan parti tersebut telah berusaha cemerlang membantu DAP dalam kempen PRK Teluk Intan.

Perayu undi ini pula majoritinya adalah pelajar-pelajar universiti yang dibawa dari luar serta dibayar upah untuk melakukan kerja itu (antara RM50 - RM 200 sehari).  Apa yang mereka ini boleh buat untuk meningkatkan undi DAP?

Bukannya petugas kempen berkenaan boleh membantu kemenangan calon DAP pun sebab mereka tidak mengundi di kawasan itu, malah sesiapa pun boleh buat kerja tersebut, pokok pangkalnya duit saja.

PAS boleh mendabik dada kalau data menunjukkan berlaku peningkatan undi di kawasan majoriti Melayu, terutama di Changkat Jong.  Sebaliknya Pakatan Rakyat difahamkan, kalau dulu DAP dapat 28% undi di kawasan tersebut, dalam pilihanraya kecil yang baru ini, peratusan tersebut menurun kepada 25% sahaja.

Belum lagi kita memasukkan isu sabotaj penyokong PAS yang enggan keluar mengundi dan menyokong calon DAP yang dituduh tidak layak menang kerana hanya bertudung secara ala kadar serta tidak menutup keseluruhan rambut atau muka seperti Taliban.

Pakatan Rakyat ada bukti yang perkara tersebut benar-benar berlaku.  Tapi ia masih di peringkat siasatan dan jika ia didapati benar-benar berlaku, maka tindakan PAS perlu mengambil tindakan tegas kepada ahlinya yang melakukan kesalahan tersebut.