Wednesday, June 4, 2014

Dua bekas Adun Kedah meninggal dunia

kedah
PETALING JAYA: Dua bekas Adun Kedah meninggal dunia dalam tempoh dua hari lalu iaitu Datuk V. Saravanan dan Datuk Saad Man.

Saravanan merupakan bekas Adun Bukit Selambau, manakala Saad bekas Adun Jitra.
Saravanan meninggal dunia akibat komplikasi penyakit buah pinggang di hospital Kuala Lumpur, Saad pula di rumah anaknya di Kuala Lumpur.

Saravanan juga menghidap kencing manis dan akan dikebumikan di Sungai Petani.
Manakala jenazah Saad akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU Datuk Keramat selepas waktu Zuhur hari ini.