Tuesday, June 3, 2014

Yammy (Ibu Dyana) Punca Kekalahan DAP Di Teluk Intan


Banyak faktor dikaitkan kenapa DAP tewas di kerusi selamatnya di Teluk Intan dalam pilihanraya kecil yang berakhir Sabtu lepas.

Antara lain, peratusan keluar mengundi yang rendah, sabotaj oleh ahli PAS di Changkat Jong, peranan SPR, penghinaan yang dilemparkan kepada kaum India (dipanggil pariah oleh penyokong DAP) dan sebagainya,

Tapi, dalam kita dilekakan dengan semua faktor diatas, kita terlupa bahawa faktor terbesar yang menjadi punca kekalahan DAP dalam pilihanraya kecil tersebut ialah Yammy Samat - ibu kepada calon, Dyana Sofya Daud.


Latarbelakang Yammy sebagai antara pengasas Perkasa telah dikenalpasti sebagai punca kenapa pengundi cina di Teluk Intan, enggan keluar mengundi secara beramai-ramai untuk memastikan kemenangan Dyana Sofya.

Penampilan Yammy yang bertudung 24 jam ketika mengiringi Dyana berkempen juga menakutkan pengundi cina kerana dia dilihat serupa dengan wanita Taliban yang menguasai Afganistan pada satu ketika dan melaksanakan undang-undang hudud - walaupun Yammy tidak menutup muka sepenuhnya.

Dyana, walaupun bertudung, tapi masih kelihatan rambutnya.  Lagipun Dyana hanya bertudung ketika berkempen di kawasan pengundi Melayu dan membuang tudungnya itu semasa berkempen di kawasan pengundi cina dan India.

Yammy juga masih mengekalkan keanggotaannya dalam UMNO, hanya mengisytiharkan diri keluar dari Perkasa, itupun semasa kempen sedang hangat berjalan.  Kenapa Yammy tidak keluar Perkasa sebaik anaknya diumumkan sebagai calon DAP?

Pengumuman itu juga (keluar Perkasa) dilihat memakan diri kerana beberapa hari sebelum itu Dyana telah mengesahkan bahawa ibunya itu tidak lagi terlibat dengan Perkasa, tapi tak berapa lama selepas itu, Yammy baru mengumumkan keluar Perkasa.

Tak pasal-pasal Dyana dituduh penipu.

Sebab itulah Pakatan Rakyat pernah menyarankan kepada Dyana Sofya agar memutuskan hubungan ibu dan anak dengan Yammy, sekurang-kurangnya sehingga proses pilihanraya tersebut berakhir, tapi tidak dipedulikan peguam berusia 27 tahun tersebut.


Akhirnya, ternyata kebimbangan kita menjadi kenyataan bila pengundi cina enggan keluar mengundi kerana membantah peranan yang pernah dimainkan Yammy (termasuk Dyana sendiri sebelum menyertai DAP) dalam Perkasa.

Sesungguh Yammy adalah seorang perempuan yang celaka kerana dialah yang sebenarnya menjadi punca yang membawa kepada kekalahan DAP dan Pakatan Rakyat di Teluk Intan.  Apalah malang Dyana dikeluarkan dari rahim perempuan tak berguna ini?