KUALA TERENGGANU – Menteri Besar (MB), Datuk Ahmad Razif Abd Rahman diharap menjadi Bapa Perpaduan dalam Umno Terengganu bagi memastikan penyatuan di peringkat dalaman parti bertambah kukuh.
Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus, Amirudin Abd Rashid berkata, ia penting kerana perpecahan disedari berlaku di beberapa bahagian susulan pelbagai perkara termasuk pemilihan Umno pada Oktober tahun lalu, yang belum pulih sepenuhnya.
Menurutnya, langkah berkenaan juga perlu dilakukan lebih awal agar Umno terus mara dalam menghadapi PRU akan datang.
“Dalam tempoh sebulan beliau (Ahmad Razif) jadi MB, ramai mengatakan beliau lebih terbuka. Kita harap beliau boleh jadi Bapa Perpaduan kerana berlaku perpecahan selepas Datuk Seri Idris Jusoh tak lagi dilantik jadi MB, begitu juga dengan pemilihan Umno sebelum ini,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Amirudin positif dengan keputusan Ahmad Razif bagi mengekalkan individu sedia ada ketika pentadbiran Datuk Seri Ahmad Said.
Namun, beliau harap individu terlibat benar-benar berkelayakan dan komited, bukan mengekalkan mereka yang hanya memikirkankepentingan sendiri dan sekadar beretorik.
Amirudin juga berharap Ahmad Razif tidak ketepikan orang lama dan mengambil kira kekuatan serta pengaruh mereka untuk kembalikan sokongan terhadap parti.
“Daripada 24 kerusi, kita tinggal 17 kerusi sahaja, Kegagalan untuk pertahan kerusi itu sudah tentu bersebab. Jadi dengan pelantikan MB ini, sudah tentu beliau ditugaskan untuk merapatkan perpaduan dalam parti,” katanya.