Monday, June 16, 2014

J/kuasa Disiplin PKR Confirm Tidak Akan Buang Azmin


Cadangan Pengerusi Pemilihan PKR 2014 (JPP), Datuk Johari Abdul yang mahu memanggil penyandang kerusi Timbalan Presiden, Azmin Ali atas pelbagai dakwaan (termasuk politik wang) yang dikenakan ke atas beliau, adalah hanya satu formaliti sahaja.

Perkara ini sudah disahkan oleh sumber yang rapat dengan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PKR, Datuk Dr. Tan Kee Kwong sebentar tadi.

Berita ini sudah tentu melegakan hati penyokong Azmin yang bimbang tindakan tegas akan diambil ke atas Ahli Parlimen Gombak itu.  Jika keputusan dibuat untuk menggantung, atau paling teruk dipecat dari parti, sudah tentulah harapan melihat Azmin menang dalam pemilihan kali ini, akan musnah.


Aku sendiri tidak percaya PKR berani mengambil tindakan ke atas Azmin kerana kita semua tahu jasa Azmin yang tidak terbanding oleh sesiapa di dalam parti itu sekarang.  Dalam keadaan susah atau senang, Azmin tetap bersama PKR, berbanding orang lain seperti Ezam dan sebagainya.

Umumnya ramai orang bersetuju, selain Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum dan Datin Seri Wan Azizah selaku Presiden parti, Azmin adalah nama yang sangat sinonim dengan PKR kerana antara tulang belakang kepada kejayaan parti itu dari dulu hingga sekarang.

Maka itu cadangan nak mengambil tindakan ke atas beliau adalah satu cadangan yang sia-sia.  Tapi Azmin difahamkan tidak kisah kalau beliau nak dipanggil untuk pendengaran oleh Jawatankuasa Displin.

Baginya, selain kedudukan yang kukuh dalam PKR, dakwaan yang dikenakan inipun semuanya hanyalah dakwaan palsu oleh pesaing-pesaing beliau bagi kerusi Timbalan Presiden seperti Tan Sri Khalid Ibrahim dan Saifudin Nasution.

Khalid itu sendiri pun sedang berhadapan dengan dakwaan politik wang berikutan tersebar rakaman pembantunya menjanjikan imbuhan antara RM20 - RM 50 seorang bagi setiap pengundi PKR yang mengundi Khalid bagi jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor dan Timbalan Presiden PKR.

Dia pun ada masalah, nak babitkan orang tak bersalah pula lagi.