Monday, June 16, 2014

PR Mahu Agama Anak-Anak Itu Kekal Dalam Hindu


Hak perebutan jagaan anak dalam dua kes membabitkan pasangan bercerai dengan salah seorang daripada mereka telah menukar agama kepada Islam ini, sebetulnya adalah lebih dari isu pertikaian hak jagaan semata-mata.

Perkara itu (hak jagaan) masih penting, tapi bagi Pakatan Rakyat yang lebih penting lagi agama kanak-kanak itu perlu kekal dalam agama hindu; jika telah di Islamkan oleh bapa masing-masing, mereka perlu dikembalikan kepada Hindu semula.

Dengan, memastikan hak jagaan diberikan kepada ibu kanak-kanak berkenaan yang masih kekal dalam agama Hindu.

Isu ini telah dibincangkan dan dipersetujui oleh semua parti komponen dalam Pakatan Rakyat, termasuk PAS sendiri. 

Sebab itu Pakatan Rakyat akan bermati-matian berjuang bagi pihak kedua ibu kanak-kanak dalam kes hak penjagaan yang menjadi kontroversi sekarang, Indra Gandhi dan S Deepa kerana mahu agama anak-anak itu kekal dalam agama Hindu.

Cuma Pakatan Rakyat tidak mahu kes ini dipanjangkan ke Mahkamah Persekutuan seperti mana cadangan Najib Tun Razak kerana boleh mendatangkan bahaya.  

Bahaya dalam erti kata kalau keputusan sudah dibawa ke Mahkamah Persekutuan, ia sudah jadi undang-undang yang sudah tidak boleh dicabar lagi - walaupun di peringkat parlimen kerana Mahkamah Persekutuan adalah badan perundangan tertinggi negara kita.

Kalau keputusan itu memihak kepada kedua ibu kanak-kanak terbabit tak mengapalah, bagaimana kalau Mahkamah Persekutuan memihak kepada Islam dan kedua bapa kanak-kanak terbabit?  Logik itu ada kerana agama persekutuan bagi negara ini ialah Islam dan dalam banyak keadaan, Islam perlu diberi keutamaan.

Sudah tentu hasrat Pakatan Rakyat mahu lihat kanak-kanak terlibat kekal atau dikembalikan ke dalam agama Hindu tidak akan tercapai kalau keadaan di atas berlaku (Mahkamah memihak kepada bapa).

Maka itu Pakatan Rakyat menolak cadangan Najib tersebut,.  

UMNO memang mahu kes ini dipanjangkan ke Mahkamah Persekutuan kerana mereka sendiri tidak ada idea bagaimana nak menyelesaikan percanggahan undang-undang antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah yang termaktub dalam perlembagaan.

Mereka sendiri tidak mahu menyelesaikannya kerana memikirkan kepentingan banyak pihak dalam BN.  Jika sebelah Islam, MIC akan kecil hati, jika sebelah Hindu, ramai ahli UMNO akan melihat parti itu tidak berupaya menyelamatkan Islam.

Jalan mudah dan selamat, beban itu diserahkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk menyelesaikannya jadi kalau ada pertikaian sama di masa hadapan, UMNO dengan mudah akan menuding jari ke Mahkamah Persekutuan tanpa perlu mengotorkan tangan sendiri.