Friday, June 27, 2014

JPP nafi ‘blackout’ berniat jatuhkan MB Selangor

  • Johari Abdul
 1 / 1 
PETALING JAYA - Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR hari ini, menafikan wujud unsur sabotaj ketika pengiraan undi bagi Cabang Kuala Selangor yang didakwa untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Pengerusinya, Datuk Johari Abdul  berkata, insiden 'blackout' yang berlaku semasa pengiraan berlangsung berpunca daripada kerosakan lintar pintas di seluruh blok Tropicana dan bukan hanya berlaku di pejabat PKR (tempat pengiraan undi dijalankan).

"Tolak spekulasi ada permainan yang dimainkan oleh JPP kerana ia berlaku di seluruh blok Tropicana.

"Kalau ada pihak yang katakan ada unsur sabotaj, rujuk saya. Saya akan beri penerangan mengenai insiden tersebut," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.