Thursday, June 19, 2014

Keputusan Alkitab bakal diketahui Isnin ini

khalidibrahim
SHAH ALAM: Isu rampasan Alkitab oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bakal diketahui keputusannya Isnin ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau akan berjumpa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum menerangkan semula  kepada Sultan untuk mendapatkan keputusan yang muktamad.
Khalid membuat kesimpulan rasmi bahawa isu rampasan Alkitab semakin memberangsangkan dan bakal menemui jalan penyelesaiannya.

“Selepas keputusan muktamad diperolehi, saya akan berjumpa dengan Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Ujarnya lagi, selain PBM, beliau turut akan memanggil Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Mensyuarat Negeri Selangor (EXCO) sebelum membuat pengumuman secara umum.
Khalid turut mendakwa bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) enggan memulangkan semula Alkitab tersebut.
“Walaubagaimanapun, JAIS masih bertanggungjawab tentang perkara-perkara yang terkandung dalam enakmen itu yang dirasakan tidak dipatuhi oleh mereka yang terlibat.