Thursday, June 19, 2014

Usul kekal Azmin kekal ahli lembaga PKNS diterima

  • Azmin AliAzmin Ali
 1 / 1 
SHAH ALAM - Cadangan supaya Azmin Ali kekal (PKR-Bukit Antarabangsa) sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diterima Dun Selangor, hari ini.

Cadangan yang terkandung dalam laporan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang diterima sebagai Kertas Mesyuarat Bilangan 20 tahun 2014.

Sementara itu, usul untuk menerima laporan itu dibuat Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) di bawah Peraturan Tetap 76(5).


Bagaimanapun cadangan itu akan dipertimbang Exco Selangor yang akan memberi maklum balas rasmi mengenainya kepada Dewan kelak.