Wednesday, June 18, 2014

Kontroversi Bible: PR Cadang MAIS Bubar, Ganti Dengan Majlis Agama Selangor?

Lanjutan dari cadangan PAS untuk menghapuskan kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam, Pakatan Rakyat hari ini telah mengarahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mencadangkan kepada Sultan Selangor untuk membubarkan terus MAIS dan menggantikannya dengan Majlis Agama Selangor (MAS).

Majlis Presiden Pakatan Rakyat walaupun bersetuju dengan cadangan 4 ahli Parlimen PAS dari Selangor itu untuk menghapuskan kuasa MAIS, berpendapat ia hanyalah satu penyelesaian sementara.  Akan datang berlaku lagi.

Sebaik-baiknya, dari sekadar menghapuskan kuasa, MAIS perlu dibubarkan terus kerana peranannya sekarang yang hanya memberi keutamaan kepada orang Islam, dikenal pasti telah menjadi punca kepada tercetus kontroversi keengganan memulangkan Bible sekarang.

Lagipun tidak ada bezanya antara menghapuskan kuasa MAIS seperti cadangan 4 ahli Parlimen PAS dari Selangor yang diketuai YB Khalid Samad, dengan membubarkan terus MAIS.  

Tanpa kuasa, MAIS hilang fungsi dan akan hanya menghabiskan wang kerajaan negeri untuk membayar gaji dan lain-lain kalau dikekalkan.  Adalah lebih baik dibubarkan terus.

Pembubaran MAIS juga akan membolehkan kitab Bible yang dirampas, dipulangkan kepada pemunya asal tanpa perlu melalui apa-apa prosedur berkaitan.

Walaupun Peguam Negara hanya mengeluarkan kenyataan tidak ada kes untuk dibicarakan tanpa menyebut sama ada kitab itu perlu dipulangkan atau tidak, tapi logiknya, kalau dah tak ada kegunaan apa lagi pada MAIS, simpan buat apa?

Sebab itu cadangan penubuhan MAS ini dilihat langkah terbaik.

Dibawah MAS, kerajaan Selangor akan turut mewujudkan jawatan Paderi Besar Negeri (Kristian) dan Sami Besar Negeri (Buddha dan Hindu) disamping Mufti Negeri sedia ada yang hanya akan menyelia hal ehwal orang Islam.

Setiap satu akan mengawal aktiviti peganut agama masing-masing.  Sekiranya wujud percanggahan antara satu sama lain, Paderi Besar Negeri selaku ketua yang paling kanan, akan membuat keputusan muktamad berdasarkan nasihat dari Sami-Sami Besar dan Mufti Negeri.

Dibawah cadangan penubuhan MAS juga, wang dipungut Pusat Zakat Selangor berjumlah hampir RM 1 Billion yang terhad kepada orang Islam sekarang, kini sudah boleh digunakan oleh penganut-penganut agama lain untuk apa-apa tujuan yang akan diputuskan kemudian.

Dengan cara ini, barulah Selangor boleh bebas dari sebarang sentimen bersifat keagamaan yang mungkin berlaku di masa hadapan, seperti yang mula tercetus dalam kontroversi MAIS enggan memulangkan Bible yang dirampas JAIS.

Inilah antara cadangan-cadangan Pakatan Rakyat yang khabarnya akan dibawa Khalid ke pengetahuan Sultan Selangor dalam pertemuan yang akan diadakan di Istana hari ini untuk mencari jalan penyelesaian ke atas kontroversi keenganan MAIS memulangkan Bible yang dirampas.