Monday, June 2, 2014

Mat Sabu Perlu Dilantik Pemangku Presiden Kalau Hadi Mati


Kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merosot sehingga terpaksa menerima rawatan semasa mengadakan lawatan di Turki menimbulkan pertanyaan akan masa depan PAS selepas ini.

Siapa yang akan mengambil alih jawatan Presiden kalau Ahli Parlimen Marang itu meninggal dunia - aku katakan kalau.

Mengikut hierakinya, sudah tentulah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (Mat Sabu) yang patut mengambil alih, tapi ada pula yang meramalkan orang lain (dari golongan ulama) kerana Mat Sabu dipilih mengisi jawatan itu untuk menjadi jambatan antara PAS dan Pakatan Rakyat kerana bukan dari golongan ulama.


Ini tidak mustahil kerana kuasa terbesar dalam PAS ialah Majlis Syura Ulama.  Badan inilah yang akan membuat keputusan siapa yang akan dilantik memangku jawatan Hadi sebelum Muktamar seterusnya berlangsung.

Nama yang paling kerap disebut-sebut sekarang ialah Datuk Haron Din, yang baru-baru ini dikhabarkan sedang sakit dan akan keluar meninggalkan PAS kerana tidak bersetuju dengan calon DAP di Teluk Intan yang secara terbuka menolak hudud.

Jika perkara ini benar (Harun Din menggantikan tempat Hadi kalau beliau mati), terus terang cakap bahawa masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat akan bertambah-tambah gelap.

Harun Din memang sejak dari mula diketahui sangat anti dengan DAP dan pro dengan perlaksanaan hudud dalam masa yang sama.

Kalau Harun Din menjadi Presiden PAS, lebih baik Pakatan Rakyat dikuburkan sahaja kerana badi yang dibawa Harun Din, akan menyusahkan semua pihak dalam DAP dan PKR, seperti mana badi ibu Dyana yang pernah menganggotai Perkasa menyebabkan kita kalah di Teluk Intan.

Teluk Intan membuktikan bahawa pengundi cina tidak akan berkompromi dengan apa-apa juga yang berkaitan dengan hudud dan Perkasa dan DAP perlu mengambil iktibar dari pengajaran itu dengan tidak bekerjasama dengan PAS kalau Presidennya, Harun Din.

Justeru, satu jalan keluar perlu dirangka dari sekarang bagi memastikan Mat Sabu kekal menjadi Presiden kalau Hadi Awang terus tidak sembuh dari apa jua penyakit yang menyebabkannya terlantar di hopital Turki hari ini.

Dengan apa cara sekalipun, Harun Din perlu dipastikan tidak menjadi pengganti Hadi.