Friday, June 20, 2014

Pertukaran Agama Anak - Pandangan Rasmi Pakatan Rakyat


Dalam negara kita digemparkan oleh beberapa insiden dimana salah seorang ibu bapa memeluk Islam dan bercerai, Pakatan Rakyat telah menetapkan pendirian bahawa agama anak-anak itu perlu kekal dalam agama selain dari Islam.

Bermaksud, sekiranya salah seorang ibu bapa yang asalnya beragama Hindu kemudian memeluk Islam dan perkahwinan itu perlu dibatalkan, maka agama anak-anak mestilah kekal dalam Hindu juga walaupun hak penjagaan diberikan kepada salah seorang dari mereka (yang mungkin beragama Islam).

Jika wujud satu keadaan dimana kedua-dua ibu bapa memeluk Islam, apakah yang terjadi kepada agama anak-anak masing?  Keputusannya Pakatan Rakyat ialah, agama anak-anak itu mesti kekal dalam agama asal sebelum ibu bapa mereka memeluk Islam sehingga anak-anak ini mampu membuat keputusan sendiri mengenai agama mereka.


Iaitu pada umur 18 tahun seperti yang ditetapkan perlembagaan negara.

Dalam tempoh berkenaan, ibu bapa turut dilarang mengajar fahaman agama Islam kepada anak-anak ini atau menghadapi tindakan undang-undang. Malah mereka juga akan diwajibkan menghantar anak-anak mereka ke kuil, tokong atau gereja untuk bersembahyang bila diminta.

Berbeza pula keadaannya kalau ibu bapa beragama Islam tapi memilih untuk memeluk agama lain.  Jika ini berlaku, anak-anak dibenarkan untuk mengikut ibu bapa mereka memeluk agama baru bagi mengelakkan stigma di kalangan masyarakat kalau mereka masih kekal dalam Islam.

Semua parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju dengan perkara ini dan jika mandat mencukupi, keputusan ini akan dimasukkan dalam perlembagaan negara setelah kita memerintah nanti.

Dengan cara itu, dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu negara sekarang yang mana tidak dapat diselesaikan oleh UMNO, tapi kini berjaya diselesaikan oleh Pakatan Rakyat - dengan syarat kita perlu menjadi kerajaan persekutuan dulu.