Friday, June 20, 2014

UMNO Bayar BBC Untuk Malukan Anwar?



Temuramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan BBC 15 Jun lepas, sebetulnya adalah satu kesilapan, ia tidak sepatutnya diadakan pun.

Pakatan Rakyat katakan kesilapan kerana tidak sangka temuramah itu telah dijadikan medan oleh UMNO untuk memalukan Anwar dengan soalan-soalan yang bertujuan untuk menjatuhkan intergriti pemimpin ulung Pakatan Rakyat itu.

Antara lain, Anwar telah 'dipaksa' oleh pengacara BBC, Stephen Sackur untuk mengaku 'tidak tahu' apakah perkara yang disorokkan kerajaan Malaysia dalam kes kehilangan MH370 walaupun sebelum itu mendakwa kerajaan ada menyembunyikan sesuatu.

Menurut sumber, soalan itu tidak ada dalam senarai asal soalan-soalan yang akan ditanyakan Stephen kepada Anwar, jika ada, sudah pasti Anwar akan memutuskan untuk tidak menjawab soalan itu kerana ia sangat bersifat serangan peribadi.

Di dunia ini hanya satu pihak saja yang suka menyerang peribadi Anwar, UMNO.

Bagaimana UMNO mampu menembusi BBC, kita tidak pasti tapi dengan kekuatan badan perunding antarabangsa APCO yang diupah kerajaan Malaysia, ada besar kemungkinan BBC telah dibayar sejumlah wang untuk menggasak Anwar dengan soalan-soalan 'panas'.

Mungkin pada saat artikel ini ditulis, Stephen sedang bercuti panjang menikmati wang hasil memalukan Anwar yang dibayar kepadanya, mungkinlah, kita tidak pasti.

Tapi yang nyata, sumber pejabat Ketua Pembangkang itu telah mengesahkan tidak lagi akan menerima sebarang tawaran temuramah dengan BBC selepas ini, melainkan Anwar diberikan kebebasan untuk menentukan sendiri siapa pengacaranya.

Anwar diketahui mempunyai hubungan baik dengan beberapa personaliti BBC seperti Zeinab Badawi dan beberapa orang lain lagi tapi Stephen Sackur bukanlah salah seorang darinya, itu pasti.