Monday, June 9, 2014

PRk Kuala Kubu Baru: Dyana Akan Dicalonkan Lagi?

ADUN Kuala Kubu Baru dari DAP, YB Lee Kee Hiong dilaporkan sedang berada dalam keadaan kritikal kerana penyakit kanser yang dihadapi beliau.

Berikutan dengan itu, jentera Pakatan Rakyat di kawasan itu telah dikerah bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya kecil pada bila-bila masa sekiranya Lee mati akibat penyakitnya itu.

Persediaan awal ini penting kerana kita tidak mahu kekalahan mengejut di Teluk Intan, yang antara lain disebabkan oleh kelewatan menggerakkan jentera setelah kematian mengejut mendiang Seah Leong Peng, berulang di Kuala Kubu Baru pula.

Apatah lagi sama seperti di Teluk Intan, komposisi kaum di Kuala Kubu Baru juga agak serupa dengan cina 43%, India 21%, Melayu 33%, selebihnya orang asli dan bangsa Sabah dan Sarawak yang menetap disitu.

Tapi yang tak sedapnya, difahamkan DAP akan mencalonkan Dyana Sofya Daud sekali lagi di kerusi itu biarpun dia baru sahaja ditewaskan BN di Teluk Intan.  

DAP dikatakan sanggup mengambil risiko kehilangan kerusi Kuala Kubu Baru kerana mahu menguji kecenderungan pengundi Melayu ke atas calonnya.

Cadangan ini bagaimanapun dibantah keras oleh Pakatan Rakyat Selangor yang tidak bersetuju Kuala Kubu Baru dijadikan bahan eksperimen DAP seperti di Teluk Intan.  Pakatan Rakyat Selangor tidak boleh kehilangan satu kerusi pun kerana ia boleh menggugat kedudukan 2/3 di DUN Selangor sekarang.

Kebimbangan ini ada asas kerana difahamkan selain Lee, sekurang-kurangnya 5 ADUN DAP dan 3 ADUN PAS di Selangor turut menghidapi kanser tahap 3 atau 4.  

Persoalan kenapa kedua-dua parti berkenaan gemar meletakkan calon mereka dari kalangan orang yang hampir mati, tidak dapat dipastikan, tapi itulah keadaannya.

Maka itu kemenangan di Kuala Kubu Baru adalah penting dan untuk memastikan kerusi itu kekal bersama Pakatan Rakyat, calon anak tempatan yang lebih berwibawa perlulah ditonjolkan.

Sampailah masanya DAP akur kepada kehendak penyokong parti itu yang tidak mahu perempuan Melayu muda seperti Dyana mewakili parti itu dalam pilihanraya kecil.  Dyana diketahui ada banyak isu, terutama kaitan ibunya dengan Perkasa dan UMNO yang menjadi kebencian di kalangan pengundi cina.