Tuesday, June 10, 2014

Kit Siang Masuk Islam, Kristian Diminta Bertenang


Dakwaan MCA yang kononnya Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan (atau sudah) masuk Islam yang disebarkan melalui media sosial dan media arus perdana baru-baru ini adalah satu dakwaan berniat jahat yang sengaja dibuat untuk memalukan Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Pakatan Rakyat  juga yakin, dakwaan ini juga bertujuan untuk menjauhkan sokongan pengundi Kristian yang kita semua tahu memberi sokongan begitu kuat terhadap DAP, termasuk ketika DAP tewas di Teluk Intan tempoh hari.  

Faham sajalah, Islam adalah subjek sensitif dikalangan penganut Kristian, begitu juga penganut Islam, Kristian adalah subjek sensitif di kalangan mereka juga.

Lagipun Pakatan Rakyat telah berjanji akan meletakkan agama Kristian setaraf dengan agama Islam jika diberi peluang untuk memerintah Malaysia dalam PRU14 yang akan datang dengan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi kedua.

Kenapa tidak boleh?  Bahasa kebangsaan boleh ada nombor satu dan dua, agama rasmi juga boleh ada nombor satu dan dua juga.

Aku sendiri yakin dakwaan ini adalah fitnah sementara laporan polis yang dibuat MCA kelmarin juga adalah bertujuan untuk memanjangkan fitnah tersebut.

Tidak dapat bersaing dari segi polisi dan matlamat perjuangan, UMNO/BN memainkan sentimen agama pula untuk mengurangkan sokongan rakyat terhadap DAP dan Pakatan Rakyat 

Sebetulnya, ini kali kedua Kit Siang difitnah dalam masa beberapa minggu sejak DAP kalah di Teluk Intan.  

Kali pertama, bila nama beliau dikaitkan dengan dakwaan calon DAP yang tewas di Teluk Intan, Dyana Sofya Daud sebenarnya adalah anak Yammi (ibu Dyana) bersama seorang pemimpin kanan DAP.

Dan kali ini fitnah lebih dahsyat lagi kerana membabitkan sentimen agama.