Monday, June 23, 2014

Remaja OKU Terabai Salah UMNO/BN, PR Akan Bela Ibu Berkenaan


Tindakan pihak berkuasa menahan reman ibu remaja OKU yang ditemui dalam keadaan menyedihkan oleh pasukan Imigresen ketika operasi membenteras pendatang asing di Nilai Sabtu lepas, adalah satu tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Zalim kerana ibu berkenaan masih mempunyai anak kecil yang berusia 7 tahun (hasil perkahwinan kedua).  Bagaimanakah anak kecil yang berusia 7 tahun itu nak hidup kalau ibunya ditahan di penjara?

Yang sepatutnya dimasukkan ke dalam penjara ialah pemimpin UMNO/BN yang gagal mengesan masalah tersebut dari berlaku di negeri yang mereka perintah.  Walaupun Nilai adalah DUN yang diwakili DAP, tapi Negeri Sembilan adalah negeri yang UMNO perintah.

Jadi UMNOlah yang sepatutnya bertanggungjawab.

Atas dasar itu, Pakatan Rakyat telah membuat keputusan akan memberi bantuan guaman secara percuma kepada ibu remaja berkenaan yang kini ditahan reman selama 4 hari di lokap untuk tujuan siasatan, sehingga kesnya dibicarakan di Mahkamah.

Wakil rakyat DAP di kawasan tersebut juga tidak boleh dipertanggungjawabkan kerana sebagai wakil rakyat biasa, beliau kekurangan peruntukan untuk menyelesaikan masalah dalam skala yang semacam ini.

Yang nyata, kejadian ini sudah memalukan pentadbiran BN di Malaysia amnya dan Negeri Sembilan khasnya kerana tidak pernah berlaku dalam sejarah ada rakyat Malaysia yang hampir mati kebulur, tapi dibawah pemerintahan Najib, ada.

Memang merekalah (UMNO/BN) yang perlu memikul tanggungjawab sepenuhnya. 

Rakyat Sabah yang menetap di Negeri Sembilan juga dari segi undang-undangnya turut ada hak membawa Menteri Besarnya ke Mahkamah kerana mengabaikan nasib keluarga berkenaan.  Mentang-mentanglah remaja itu datang dari luar, dia dibiarkan hampir mati kebuluran.

Dah hebah di media, barulah kerajaan nak terhegeh-hegeh memasukkan remaja berkenaan ke hospital, termasuk memindahkan hak jagaan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, kenapa sebelum itu tak buat?

Tak tahu?  Alasan saja semua tu.

Perkara ini tidak akan berlaku kalau Pakatan Rakyat yang memerintah Negeri Sembilan dan Malaysia kerana dasar yang bakal kita perkenalkan, boleh menjamin tidak akan ada rakyat yang hidup susah, apatah lagi hidup melarat seperti dalam kisah ini.  

Memang dari satu pandangan, kejadian ini berlaku mungkin disebabkan oleh faktor kecuaian ibu bapa, tapi dari pandangan yang lebih besar, kerajaan yang memerintahlah sepatutnya bertanggungjawab.