Friday, June 20, 2014

Surat tunjuk sebab Yammy dihantar kali kedua

  • Tengku Adnan
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Umno menghantar semula surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat, ibu calon DAP pada PRK Teluk Intan, Dyana Sofia Mohd Daud, selepas surat pertama dipulangkan oleh Pos Malaysia Berhad kerana salah alamat.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berikutan itu, tempoh 14 hari bagi Yammy menjawab surat berkenaan yang tamat pada Isnin lepas, akan disambung selama dua minggu lagi.

"Saya difahamkan surat yang kita hantar dipulangkan kerana alamat yang diberi adalah salah.


"Jadi, kita dapat alamat yang baharu...kita hantar balik kepada dia. Kita beri 14 hari lagi (kepada Yammy)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pusat beli-belah Avenue K di sini, hari ini.  

Turut hadir Pengerusi Avenue K, Tan Sri Yap Yong Seong. Pada 3 Jun lepas, Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei itu.

Pada PRK itu, Dyana Sofia, 27, tewas kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong, 53, dengan majoriti 238 undi. - Bernama