Thursday, June 5, 2014

Tahniah, Semakin Ramai Remaja Islam Masuk Kristian


Kewujudan pelbagai media sosial di Internet memang diketahui mempunyai banyak kebaikan.  Antara lain memberi peluang kepada individu untuk berkongsi maklumat peribadi yang tidak mungkin terucap di alam nyata kerana stigma masyarakat.

Di negara ini dan beberapa negara sekitar yang lain, fenomena baru yang menjadi kegilaan remaja Islam terutamanya, ialah membuat pengumuman keluar dari agama masing-masing dan masuk agama baru, terutama agama Kristian.

Trend ini dilihat mula menjadi popular sejak kebelakangan ini, terutama setelah Brunei melaksanakan undang-undang hudud potong tangan ke atas semua rakyatnya, tidak kira yang beragama Islam atau tidak.

Keputusan itu telah menimbulkan peraaan tidak puas hati di kalangan generasi muda rantau sebelah sini, sehingga ada yang membuat keputusan untuk menukar agama sebagai tanda protes.

Mereka berpandangan, manusia sudah melalui pelbagai siri gelap dan kejahilan yang tamat beratus-ratus  dahulu, kenapa mesti nak diulangi zaman hitam itu lagi sekarang?

Tidak sekadar itu, ada yang berani berkongsi gambar mereka sedang menjalankan upacara agama baru masing-masing melalui akaun media sosial.

Dulu, tindakan macam ini dianggap pantang paling besar dengan pelakunya bukan setakat disisih masyarakat, malah ada juga yang sampai ke tahap dibunuh kerana dianggap mengkhianati agama sendiri.

Zaman yang semakin moden dan canggih bagaimanapun, telah mengubah jiwa orang-orang muda untuk menjadi lebih berani melawan apa yang dulu menjadi pantang ini tadi.

BN dan PAS - 2 parti yang mungkin bersekutu dalam beberapa bulan yang akan datang, mungkin melihat perkembangan baru ini sebagai tidak sihat, tapi bagi Pakatan Rakyat sendiri, apa yang berlaku ini adalah satu persaingan sihat di kalangan penganut agama berlainan di negara kita.