Thursday, June 5, 2014

Yammy jawab isu surat tunjuk sebab

  • Yammy mengesat peluh anaknya yang selepas diumumkan sebagai calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan.Yammy mengesat peluh anaknya yang selepas diumumkan sebagai calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan.
 1 / 1 
IPOH – “Surat itu belum sampai kepada saya lagi,” itu jawapan ringkas Yammy Samat, 59, berhubung tindakan Umno menghantar surat tunjuk atas dakwaan membantu kempen anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Parlimen Teluk Intan Mei lepas.

Yammy berkata, pihaknya akan meneliti kandungan surat berkenaan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan sama ada mahu menjawab atau terus mendiamkan diri.

“Saya nak lihat dan baca dulu kandungan surat itu, baru pertimbang nak jawab balik atau diamkan diri sahaja.


“Terpulanglah kepada Umno dan MT (Majlis Tertinggi) untuk buat keputusan, nak gantung, nak buang atau nak pecat saya... itu terserah kepada mereka,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian sebentar tadi.

Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Yammy perlu menjawab surat tunjuk sebab itu dalam tempoh 14 hari bagi dipertimbangkan untuk tindakan seterusnya sebagaimana tertakluk dalam perlembagaan parti itu.

Surat tunjuk sebab itu dilaporkan diserahkan, semalam atas desakan sesetengah pihak yang mahu tindakan diambil terhadap Yammy yang didakwa berkempen untuk Dyana Sofya yang juga calon DAP.