Monday, July 7, 2014

Benarkah FGVH Rugi, Dividen Dibayar Guna Duit Rakyat?


Pengumuman Perdana Menteri, Najib Tun Razak semalam berhubung pembayaran dividen sebanyak RM 72.9 juta oleh Felda Global Ventures Holding (FGVH) kepada 112,635 peneroka Felda yang diumumkan semalam, disifatkan sebagai mengelirukan rakyat.

Ini kerana sumber Pakatan Rakyat yang memetik sumber dalam FGVH menyebut bahawa syarikat itu sebenarnya tidak membuat keuntungan dan dividen itu adalah dibayar dengan menggunakan wang kerajaan sendiri!!

Logik ini adalah berdasarkan fakta kejatuhan serius harga saham FGVH sehingga mencecah paras IPO (harga saham ketika diterbitkan) selama 2 tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2012 dan 2013. 
Justeru, dengan kerugian yang besar akibat kejatuhan mendadak harga saham tersebut, dengan apa cara FGVH boleh membayar dividen kepada pemegang sahamnya, kalau bukan dengan menggunakan duit kerajaan atau lebih lunak disebut, duit rakyat!!

Sebetulnya, silap mata yang semacam ini bukan benda baru.  Dari dulu BN telah mengamalkan pendekatan sedemikian, terutama ketika membayar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Minimum dividen kena bayar 4%, tapi nak tunjuk kononnya KWSP capai prestasi membanggakan, duit rakyat digunakan untuk menambah sebanyak 1% - 2% lagi, kadang-kadang cecah 3% pun ada.

Tapi itu masih tidak mengapa sebab pencarum KWSP ada lebih 12 juta orang di negara ini, dengan itu apa pun jumlah yang ditopup oleh kerajaan dinikmati oleh ramai orang dari semua golongan bangsa dan agama, 

Berbanding dengan pembayaran dividen kepada 112,635 orang peneroka Felda ini hanya menguntungkan kumpulan kecil itu sajalah dan anak pinak mereka sahaja sedangkan rakyat yang lain tidak mendapat apa-apa walaupun wang mereka digunakan.

Difahamkan, satu sidang media berhubung perkara sama akan diadakan oleh Pengerusi ANAK, Mazlan Aliman pada bila-bila masa dari sekarang untuk mendedahkan penipuan dan penyelewengan yang dilakukan FGVH dan kerajaan BN.

Laporan dan bukti berkaitan juga akan diserahkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia agar siasatan dapat dijalankan bagi mengesahkan sama ada FGVH ini betul-betul buat untung dan mampu bayar dividen atau duit kerajaan yang digunakan.

Dalam masa yang sama, sementara semua hal ini diselesaikan, peneroka Felda yang menyokong Pakatan Rakyat adalah diharamkan dari menerima wang dividen tersebut yang dianggarkan berjumlah sebanyak RM 647.78 seorang itu kerana itu bukan hak mereka.