Thursday, July 17, 2014

Gempar!! Khalid Ibrahim Dalang Di Sebalik Kemurkaan Sultan Selangor?


Sama ada maklumat ini sahih atau tidak, aku tak pasti, tapi ada berita yang mengatakan bahawa kemurkaan Sultan Selangor terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini didalangi sendiri oleh Menteri Besar yang bakal di singkirkan - Khalid Ibrahim.

Khalid Ibrahim dikatakan telah memberi taklimat yang salah terhadap Sultan Selangor berhubung kenyataan Khalid Samad itu sehingga kemurkaan ini terjadi

Menurut sumber, sebetulnya Khalid Samad mahu kuasa MAIS dikaji semula, tapi Khalid Ibrahim lapor, Khalid Samad mahu kuasa MAIS dihapuskan!!!  Banyak beza antara mahu kuasa MAIS dihapuskan dengan kuasa MAIS dikaji semula.

Patutlah Sultan Selangor murka, rupanya Khalid Ibrahim jadi batu api dengan sampaikan maklumat yang salah.

Tindakan Khalid Ibrahim ini mungkin ada kena mengena dengan desakan terbuka Khalid Samad pada 20 Jun lepas yang  mahu pimpinan Pakatan Rakyat berbincang untuk memilih Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Dalam keadaan terdesak seperti sekarang, aku percaya Khalid Ibrahim akan menggunakan apa sahaja cara untuk menyelamatkan dirinya, cuma kita tak sangka dia sanggup menipu di depan Sultan Selangor.

Seharusnya dakwaan ini disiasat bagi menentukan kebenarannya.  Jika benar Khalid Ibrahim terlibat, tindakan tegas perlulah diambil untuk mengawal keadaan ini daripada menjadi lebih buruk.  Kita tidak tahu entah apa lagi maklumat salah yang Khalid Ibrahim sampaikan kepada Sultan Selangor.

Hairannya, kenapa Khalid Ibrahim bersungguh-sungguh untuk mempertahankan jawatan Menteri Besar, sehingga tergamak menipu Sultan Selangor.  Adakah apa-apa penyelewengan yang dilakukan Khalid Ibrahim - penyelewengan yang dia tak mahu orang lain tahu?

Sebab kita tahu duit bukan isunya.  Tanpa jawatan Menteri Besar pun Khalid Ibrahim dah kaya raya dah, mesti ada benda lain.

1 comment:

Anonymous said...

Hahaha....penyamun tipu penyangak.