Pakatan Rakyat dimaklumkan oleh seorang penyokong kita yang dihantar ke Ukraine sebagai anggota pemerhati khas mewakili kerajaan Malaysia, ada besar kemungkinan pejuang pemisah Ukraine pro Rusia yang menyimpan bangkai mayat mangsa pesawat MH17 yang ditembak jatuh Khamis lepas, enggan memulangkan mayat-mayat tersebut kepada negara asalnya.
Ini kerana pihak ketiga yang dilantik kerajaan Malaysia untuk berbincang dengan puak pemisah dengan bayaran mencecah USD10 Juta, telah gagal dalam beberapa perbincangan yang diadakan sebelum ini.
Kegagalan ini dipercayai berlaku kerana kemampuan pihak ketiga berkenaan bercakap dengan baik dan dalam nada yang meyakinkan, menjadi pertikaian sekarang. Menurut laporan, mereka bukan pihak yang ada kemampuan untuk mengadakan perbincangan di tahap seperti ini.
Rakyat Malaysia yang membiayai kos tersebut juga tidak pasti latar belakang pihak yang dilantik ini, bagaimana kehebatannya dan sama ada berpengalaman untuk mengendalikan situasi ini atau tidak.
Justeru, memandangkan negara kita dikurniakan seorang pemimpin yang mempunyai gaya bercakap yang menarik dan hebat, kenapa tidak dihantar sahaja beliau ke Ukraine bagi berbincang dengan pihak pemisah?
Orang yang dimaksudkan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim - bakal Perdana Menteri Malaysia yang juga pemimpin ulung Pakatan Rakyat.
Dalam hal ini, Najib perlu mengetepikan kepentingan politik serta perangai bongkaknya dan menghantar Anwar ke Ukraine bagi membawa balik mayat-mayat tersebut.
Kalau diteruskan perbincangan seperti sekarang, sampai jadi debu pun, mayat-mayat berkenaan tidak akan dapat dibawa balik walaupun bangkai mereka mungki disimpan di dalam gerabak keretapi yang lengkap dengan sistem penyejuk seperti mana dakwaan puak pemisah.
Anwar lebih dipercayai rakyat Malaysia untuk menguruskan perkara-perkara seperti itu kerana bukan rahsia peranan yang dmainkan Anwar di peringkat antarabangsa telah banyak menamatkan persengkataan di negara mana yang beliau dihantar untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui gaya ucapannya yang memukau sesiapa sahaja yang mendengar.
Di Malaysia inipun kehebatan Anwar dalam memukau rakyat dengan kata-kata, memang sudah diketahui umum sejak dulu lagi. Pada tahun 2008, Anwar berjaya membuat 25 juta rakyat Malaysia percaya bahawa kerajaan Malaysia akan bertukar tangan pada 16 September.
Walhal perkara itu hanya diperingkat cadangan tapi semua orang teruja menanti tarikh tersebut seolah-olah ianya akan berlaku.
Dalam PRU13 Mei tahun lepas, peratusan keluar mengundi naik mendadak kerana beberapa hari sebelum itu, Anwar mengeluarkan kenyataan dan bukti mengenai kehadiran 40,000 pengundi hantu yang dibawa dari Bangladesh untuk memberi kemenangan kepada UMNO.
Semua ini membuktikan kekuatan pengaruh Anwar dalam bercakap dan seharusnya beliau dilibatkan dalam rundingan seperti ini.
2 comments:
Hantar kak mah aje semua settel, bukankan semua pemimpin dunia dibawah pengaruh beliau. Kalau anwar dihantar kesana dan dpt selesaikan mana najib nak letak muka?
Najib sibuk kata dia dah tak tidur 2 hari??? Tapi masalahnya tiada tindakan yg berkesan pun diambil malah lembik selalu.
Pemimpin kita lembab & lembik sebab itu negara kita kena buli selalu.
macam media korea utara pulak..menang piala dunia
Post a Comment