Penambahan satu lagi kelab lumba kuda di Bukit Tagar, Selangor yang diluluskan Exco baru-baru ini, telah diterima ramai sebagai satu rahmat kepada negeri tersebut.
Walaupun pembinaan di Bukit Tagar lebih kepada untuk mengurangkan kesesakan di kelab lumba kuda The Mines yang semakin tidak terkawal, tapi seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, ia juga mempunyai impak kepada ekonomi masyarakat setempat.
Tambahan kepada apa yang telah dibincangkan sebelum ini, sumber dari kerajaan negeri menyebut, pembinaan kelab lumba kuda baru dan terbesar di Asia itu, turut berpotensi mengurangkan masalah judi haram yang semakin berleluasa di negeri tersebut.
Selepas kelab lumba kuda itu siap, kerajaan negeri menjangka orang ramai tidak lagi berminat untuk mengunjungi tempat-tempat perjudian haram ini kerana sudah ada tempat yang lebih besar dan selesa bagi mereka melakukan aktiviti tersebut secara 'halal'.
'Halal' dalam erti kata ia berlesen dan mengikut segala peraturan yang akan ditetapkan oleh kerajaan negeri Selangor. Besar dan selesa dalam erti kata pusat perjudian lumba kuda di Bukit Tagar ini nanti adalah 3 kali ganda lebib besar dari yang terdapat di The Mines.
Lagipun, tanpa kelab lumba kuda seperti ini, akan menghalang syarikat ramalan nombor sedia ada seperti Sport Toto dari beroperasi dengan lancar kerana jumlah taruhan yang tinggi, tidak tertampung dengan pusat perjudian lumba kuda sedia ada.
Lagipun, tanpa kelab lumba kuda seperti ini, akan menghalang syarikat ramalan nombor sedia ada seperti Sport Toto dari beroperasi dengan lancar kerana jumlah taruhan yang tinggi, tidak tertampung dengan pusat perjudian lumba kuda sedia ada.
Inilah hasrat kerajaan negeri Selangor yang sebenarnya bila meluluskan pusat perjudian lumba kuda di Bukit Tagar, selain dari menambah hasil kerajaan negeri melalui kutipan pelbagai cukai yang akan dikenakan ke atas premis tersebut bila beroperasi nanti.
Dalam masa yang sama, lokasi kelab lumba kuda di The Mines sekarang, boleh dibangunkan untuk pembinaan infrastruktur baru yang lebih menguntungkan rakyat. Kesesakan jalan raya di kawasan sekitar juga boleh dikurangkan bila sebahagian operasi judi lumba kuda sekarang, dipindahkan ke Bukit Tagar.
Semua ini adalah antara beberapa kelebihan yang tidak dijelaskan kepada rakyat sekitar Bukit Tagar khasnya dan Hulu Selangor amnya sehingga mereka bangkit membantah pembinaan projek tersebut. Jika dapat gambaran yang betul, aku yakin tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.
Untuk tujuan itu, sumber yang sama menyebut bahawa kerajaan negeri Selangor telah mengatur beberapa program dan siri penerangan kepada rakyat bagi menjelaskan kebaikan di sebalik pembinaan kelab lumba kuda di Bukit Tagar ini.
Beberapa personaliti agama terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus juga akan dijemput bagi memberi penjelasan mengenai kewajaran pembinaan pusat perjudian lumba kuda di Bukit Tagar ini dari perspektif Islam.
Harapan kerajaan negeri setelah sesi taklimat ini selesai ialah, rakyat akan dapat menerima justifikasi kerajaan negeri Selangor dalam meluluskan projek tersebut dan bekerjasama dengan tidak mengadakan sebarang provokasi sepanjang pusat perjudian lumba kuda ini beroperasi nanti.