Wednesday, July 9, 2014

Belasah Brazil 7-1, Kejayaan Germany Kerana Rahmat Anwar Sebagai Penyokong

Bukan rahsia bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim memang sejak dulu lagi dikenali sebagai penyokong pasukan bolasepak Germany.

Tak seperti Najib yang menyokong Sepanyol (kalah lebih awal) serta majoriti Menteri kabinet yang menyokong Brazil, Anwar adalah antara satu atau dua pemimpin politik di negara ini yang menjadi penyokong kuat Germany sejak mula.

Menurut maklumat, kali pertama beliau digambarkan sebagai peminat tegar pasukan itu ialah ketika Germany (ketika itu dikenali sebagai West Germany) menjuarai Piala Dunia pada tahun 1990.  

Oleh yang demikian, bolehlah dikatakan bahawa kejayaan Germany menumpaskan pasukan Brazil 7-1 pagi tadi adalah hasil rahmat yang dibawa Anwar sebagai penyokong tegar pasukan itu.

Lebih manis kalau selepas ini Germany berjaya merangkul Piala Dunia mengalahkan pasukan Belanda atau Argentina di perlawanan akhir.