Tuesday, July 8, 2014

PR Akan Terus Perjuang Nasib Gelandangan & Pengemis Warga Asing

Dari bantuan makanan sehingga kepada khidmat guaman jika ditangkap, semuanya telah dan akan dilaksanakan Pakatan Rakyat demi membela nasib golongan gelandangan dan pengemis warga asing yang menjadi sasaran 'pembersihan' oleh kerajaan BN.

Sesuai dengan prinsip kemanusiaan, nasib golongan yang tidak mendapat mendapat pembelaan kerajaan ini harus dibela dan memandangkan tidak ada pihak yang berminat, Pakatan Rakyat sudi menawarkan diri.

Walaupun BN telah menubuhkan Anjung Singgah untuk membantu golongan gelandangan sejak 2011, tapi tempat itu hanyalah persinggahan sementara, tidak kekal.  Makanan yang disediakan juga sejuk, tak panas dan ada kalanya tak sedap, tak macam makanan yang disediakan NGO pro Pakatan Rakyat - Soup Kitchen.

Selain itu, tidak ada jaminan penagih dadah (yang merangkumi hampir 90% dari golongan gelandangan di Kuala Lumpur hari ini), tidak akan ditangkap dan disumbat ke dalam penjara kalau mereka memilih perkhidmatan yang disediakan kerajaan di Anjung Singgah.

Beberapa laporan kejadian seumpamanya telah diterima Pakatan Rakyat.  Ramai yang ditahan ketika sedang nyenyak tidur dan tidak hairanlah kenapa golongan ini lebih gemar mendapatkan makanan yang disediakan NGO-NGO daripada berkunjung ke Anjung Singgah.

Lagipun, berbeza dengan NGO yang menyediakan makanan di tempat golongan gelandangan dan pengemis warga asing ini tidur, Anjung Singgah hanya menyediakan perkhidmatan di bangunan tempat mereka beroperasi sahaja, seterusnya menyukarkan golongan ini untuk datang makan.

Anjung Singgah juga hanya memberi bantuan kepada gelandangan warga Malaysia dengan keutamaan tertinggi diberikan kepada yang telah bekeluarga, sedangkan pengemis warga asing tidak diberi kemudahan itu seolah-olah mereka itu bukan manusia.


Ini tidak patut sama sekali kerana ada diantara pengemis warga asing yang ditemui pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dalam program menyantuni golongan ini kelmarin mendapati, telah tinggal di negara ini selama hampir 10 tahun!!

10 tahun sudah layak untuk mohon kerakyatan Malaysia dan seterusnya dapat hak mengundi. Bayangkan berapa banyak pengundi yang boleh didaftarkan kalau pengemis warga asing ini diberikan taraf kerakyatan.

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat memberi komitmen untuk terus membantu golongan gelandangan dan pengemis warga asing ini dari dianiayai oleh kerajaan BN.