Tuesday, July 8, 2014

Kenyataan ‘peristiwa berdarah’ peringatan kepada rakyat

Syed Ali Alhabshee
PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata kenyataan ‘peristiwa berdarah’ oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanyalah sebagai peringatan dan iktibar kepada rakyat supaya mengekalkan perpaduan yang sedia ada.

Beliau menangkis dakwaan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak faham maksud sebenar kenyataan ‘peristiwa berdarah’ dibuat oleh Muhyiddin baru-baru ini.

Menurut beliau, Guan Eng sengaja memutarbelitkan kenyataan Muhyiddin dan cuba memberi gambaran seolah-olah kenyataan tersebut berupa ancaman kepada bukan Melayu.
“Perbuatannya itu sebenarnya amat berbahaya kerana ia boleh membawa kepada hasutan.
“Dia sengaja mengeksploitasikan peringatan Muhyiddin untuk agenda DAP,” katanya dalam entri terbarunya di umnobahagiancheras.blogspot.com.