Thursday, July 17, 2014

Khalid kena terima, selesaikan

  • Mustafa AliMustafa Ali
 1 / 1 
SHAH ALAM - Pas Pusat menasihatkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad supaya akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menyifatkan pemimpin Pas itu biadab.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, Khalid perlu terima titah sultan itu dengan hati terbuka dan segera selesaikan masalah ini.

“Perkara ini membabitkan isu peribadi dan biarlah dia (Khalid) sendiri keluarkan kenyataan. Pas yakin Khalid sedang mengambil proses untuk selesaikan masalah ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.


Mustafa berkata, Khalid mungkin mempunyai alasan tersendiri sehingga mengeluarkan kenyataan yang mempersoalkan kuasa eksekutif Mais.

“Pas beri ruang kepada Khalid untuk selesaikan dan kemukakan alasan mengenai isu tersebut. Dia (Khalid) dalam proses untuk jumpa Sultan,” katanya.

Beliau turut menolak dakwaan beberapa pihak bahawa parti Pas sudah tercalar dengan insiden sebegini.

No comments: