Thursday, July 17, 2014

Hari ke-11: Jumlah korban Gaza meningkat 224


GAZA: Hari ini masuk hari ke sebelas serangan tentera regim Zionis ke atas kota Gaza Palestin.

Sehingga setakat ini, jumlah rakyat Gaza yang gugur syahid mencecah 224 orang manakala 1670 lagi cedera.

Hamas semalam menyatakan persetujuan dengan cadangan PBB agar genjatan senjata sementara selama lima jam diadakan bagi membolehkan penyaluran misi kemanusiaan ke Gaza.

Pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri berkata mereka menerima tawaran tempoh tenang bermula jam 10 pagi hingga 3 petang hari ini.

Sebelumnya, radio Zionis menyebutkan bahawa pihak Israel juga bersetuju dengan cadangan tempoh tenang itu.

Walaupun genjatan senjata akan dilakukan, tentera Israel didakwa masih melakukan pemburuan dan menembak kumpulan tentera Hamas, Briged al- Qassam.

Sebagai tindak balas, al-Qassam turut melepaskan roket mereka ke Asdod. - HARAKAHDAILY 17/7/2014

No comments: