Thursday, July 10, 2014

Najib Sindir Kekalahan Brazil: Hubungan 2 Hala Terjejas?

Kenyataan Perdana Menteri Najib menyindir kekalahan besar pasukan Brazil di tangan Germany dalam pertandingan separuh akhir Piala Dunia semalam, dikatakan berpotensi untuk menggugat hubungan dua hala antara Malaysia dan negara tersebut.

Dalam satu acara malam tadi di Putrajaya, Najib dilapor media sebagai berkata "Apabila saya melihat apa yang berlaku kepada pasukan Brazil terutama sekali barisan pertahanan mereka yang berada dalam keadaan kucar-kacir dan berkecamuk, saya dapat simpulkan ini berkaitan dengan kelemahan kepimpinan".

Kenyataan itu - walaupun mungkin tidak bermaksud apa-apa tapi dikatakan telah mengguris perasaan rakyat Brazil yang masih berdukacita akibat dari kekalahan pasukan mereka semalam, apatah lagi disebutkan oleh seorang ketua kerajaan asing yang bergantung ekonominya kepada negara tersebut.

Inilah masalahnya bila bercakap tidak menggunakan akal.

Setakat ini masih tidak ada komen dari Duta Brazil ke negara ini, YE Maria Auiliadora Figueirado mengenai perkara itu tapi menurut sumber, satu nota diplomatik akan dihantar ke Wisma Putra bagi membantah kenyataan tersebut.

Dalam banyak kes, kebanyakkan negara biasanya menerima penjelasan yang dituntut dalam nota diplomatik yang dihantar.

Bagaimanapun, mengambil kira emosi rakyat Brazil sekarang, Pakatan Rakyat menjangka perkara ini akan berlanjutan, dan seterusnya boleh menjejaskan hubungan perdangan Malaysia dan Brazil yang bernilai lebih RM 11 bilion setahun.

Malaysia diketahui bergantung kepada Brazil untuk mendapatkan bekalan ayam dan daging bagi memenuhi tuntutan pasaran tempatan.  Selain itu, Brazil juga menjadi tumpuan untuk mendapatkan bekalan alat ganti bagi helikopter EC-725 Cougar yang baru diperolehi TUDM.

Brazil adalah negara pengeluar kedua helikopter jenis itu di dunia selain Perancis.  Versi helikopter EC-725 yang dikeluarkan di Brazil, dikenali sebagai Caracal. Alat ganti helikopter yang dikeluarkan di Brazil adalah berkali-kali ganda lebih murah dari yang dihasilkan di Perancis.

Tapi kerana mulut Najib, semua ini berada dalam keadaan yang bahaya.

Rakyat boleh menjangka kekurangan bekalan ayam dan daging selepas ini, sementara TUDM juga bolehlah menyimpan helikopter berkenaan di dalam muzium kerana tidak ada bekalan alat ganti.

2 comments:

Anonymous said...

Apa punya bangan komen ko ni???? Ko ingat pemimpin Brasil tu bodoh dungu macam bos ko kat dalam PKR tu ke? Jangan lah ambik komen Nagib tu out of context. Belum apa2 dah habaq Brasil nak ambik action. Tak dak negara dalam dunia ni nak hilangkan peluang perniagaan berbillion dollar hanya kerana keceluparan (kalau iya lah celupar) perkataan. Ko ni contoh terbaik seorang pembangkang dari LONGKANG!!!!!!!

Anti PR said...

Biar Anwar uruskan. Seluruh dunia kenal Anwar kerana lakonan "Torpedo Comeback". Pepuan bertudung Pas sanggup berdendang tepi jalan sbb nak rasakan terpedo Anwar. Ini kecil terpencil bg Anwar.