Friday, July 4, 2014

Nazir lepas jawatan CEO Kumpulan CIMB


  • Datuk Seri Nazir RazakDatuk Seri Nazir Razak
 1 / 1 
KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan CIMB (CIMB) Datuk Seri Nazir Razak akan melepaskan jawatan itu dan mengambil alih jawatan pengerusi CIMB daripada Tan Sri Md Nor Yusof bermula 1 September ini.

CIMB dalam satu kenyataan semalam mengumumkan pelan peralihan kepimpinan bank itu.

CEO baharu CIMB akan diumumkan selepas kelulusan kawal selia diterima.


"Saya telah berkhidmat sebagai CEO Kumpulan selama 15 tahun, tiba masanya untuk orang lain dengan pemikiran segar dan bertenaga untuk memimpin pasukan pengurusan syarikat ini," kata Nazir dalam kenyataan itu.

Beliau juga akan terus berkhidmat sebagai Presiden Komisioner PT Bank CIMB Niaga dan Timbalan Pengerusi CIMB Bank serta dicalonkan sebagai Pengerusi CIMB Investment Bank berkuat kuasa 1 September 2014.

Md Nor pula akan bersara daripada Lembaga Pengarah dan menyertai Panel Penasihat Antarabangsa Kumpulan CIMB.