Tuesday, July 22, 2014

PAS & DAP Akan Dapat RM 200 Juta Jika Wan Azizah Menteri Besar?

RM 200 juta setiap parti!! 

Itulah tawaran PKR kepada DAP dan PAS jika kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat itu menerima penamaan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Khalid Ibrahim yang disingkirkan.

Menurut sumber, tawaran ini dibangkitkan dalam mesyarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang sedang berlangsung, khas untuk membincangkan perkara sama.

Ini bukan rasuah, tapi komitmen kerajaan Selangor untuk membantu parti-parti politik seperti PAS dan DAP dalam menjalankan operasi hariannya, dalam usaha kerajaan negeri untuk menyuburkan demokrasi di negeri tersebut.

Perkara ini sudah sepatutnya dilaksanakan lama dahulu tapi terhalang kerana fahaman politik sempit Khalid Ibrahim.  

Bukan rahsia, Khalid diketahui enggan menggunakan wang kerajaan negeri untuk operasi parti sehingga menjejaskan kempen Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang dulu, termasuk beberapa kempen pilihanraya kecil selepas itu.

Kononnya salah dari segi moral kerana wang rakyat tidak boleh digunakan untuk kepentingan parti - entah fahaman moral mana yang Khalid rujuk. 

Berbanding Penang dan Kedah (yang diperintah Pakatan Rakyat pada waktu itu), Selangor adalah yang paling kedekut sekali, seolah-olah wang itu ibu dan ayah Khalid Ibrahim yang punya.  

Khalid lebih gemar menunjuk-nunjuk, bangga dengan jumlah wang yang banyak dalam rizab kerajaan negeri dari membelanjakannya untuk kepentingan parti.

Mungkin dia terlupa, tanpa parti, dia mungkin tak dapat menjadi Menteri Besar.

Harapannya, dengan perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru, wang ini boleh disalurkan kepada kedua-dua parti tersebut tanpa sebarang masalah.

Mungkin sedikit masa diperlukan sehingga semua perkara berkaitan pengunduran Khalid, dapat diselesaikan terlebih dahulu.  Selepas itu wang tersebut sudah boleh digunakan.

No comments: