Bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dilaporkan masih enggan mengosongkan pejabatnya di Shah Alam walaupun PKR telah membuat keputusan untuk melantik Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar yang baru.
Alasan Khalid ialah negara sedang berkabung di atas kejadian yang menimpa penerbangan MH17 dan nasib yang menimpa rakyat Palestin di Gaza. Apa kaitan dua kejadian tersebut dengan dia perlu meletakkan jawatan? Betul aku tak faham.
Tapi pedulikanlah, Gaza atau MH17, persetankanlah dengan semua tu, yang penting Khalid perlu keluar dari pejabat Menteri Besar Selangor dengan segera. Tenpoh masa yang ditetapkan untuk Khalid mengosongkan pejabatnya ialah 24 jam dari sekarang.
Jika gagal, pejabat itu akan dikosongkan secara paksa oleh pihak pengurusan bangunan dan tidak ada apa yang boleh dilakukan Khalid selepas itu.
Malah pada saat artikel ini ditulis, Unit Amal PAS telah diarah untuk mengepung pejabat Menteri Besar kerana bimbang kalau-kalau Khalid melarikan dokumen penting yang boleh menyabitkannya dengan kesalahan rasuah.
Bagaimanapun, aku berharap tidak perlulah sampai ke tahap itu. Sebagai seorang yang ada maruah dan otak, Khalid sepatutnya fahamlah bila khidmatnya di Selangor sebagai Menteri Besar, sudah tidak lagi diperlukan.
Tempoh sepenggal dengan tambaha setahun yang diberikan parti untuk Khalid menerajui Selangor, rasanya sudah cukup panjang dan sampailah masanya Khalid mengundurkan diri dari jawatan tersebut, demi kestabilan politik di negeri itu.
Sepanjang menjadi Menteri Besar, banyak masalah di negeri itu gagal diselesaikan Khalid dan semua ini telah menyumbang kepada penurunan hampir 30% sokongan rakyat Selangor terhadap Pakatan Rakyat - lebih sedikit setahun selepas mengekalkan kuasa.
Kita bimbang, jika Khalid masih kekal sebagai Menteri Besar, Selangor akan terlepas ke tangan BN dalam PRU14. Apakah gunanya jika itu berlaku sedangkan dalam masa yang sama, peluang kita untuk merampas Putrajaya semakin cerah.
Menang Putrajaya tapi kalah di Selangor adalah ibarat berjalan tanpa seluar dalam - memang nampak takda salah apa, tapi rasa tak sempurna.
No comments:
Post a Comment