Thursday, July 31, 2014

PAS Patut Pecat Sanusi


Seakan ada gerakan terancang dalam PAS untuk menggagalkan gerakan menggantikan Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor, kali ini seorang lagi pemimpin parti tersebut tampil mendedahkan keburukkan ADUN PKR sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah.

Jika kelmarin Pengarah Strategi PAS, Dr. Zuhdi Marzuki, hari ini bekas Setiausaha Politik Menteri Besar dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah Sanusi Mohd Nor pula buka mulut busuknya itu.

Dalam satu kenyataan panjang lebar, Sanusi membuka pekung di dada sendiri apabila mendedahkan rahsia besar yang Pakatan Rakyat Kedah pada satu masa pernah membayar semua ADUN PKR negeri tersebut sejumlah wang agar mereka setia dengan parti.

Sanusi juga mendedahkan rahsia yang tidak sepatutnya didedahkan bahawa pelarian bekas bekas ADUN PKR Bukit Selambau, V Subramaniam ke India dahulu adalah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Ini adalah satu perbuatan bodoh yang dilakukan oleh Sanusi kerana semua fakta ini tidak sepatutnya didedahkan kepada rakyat kerana ia menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat juga sama korup dengan BN apabila membayar ADUN-ADUN ini supaya kekal dalam kerajaan.

Aku tidak terperanjat kalau selepas ini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat bekas kerajaan PAS Kedah dahulu dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sekarang difahamkan kerana amalan tersebut masih diteruskankan sehingga kini di Selangor.

Bayaran ini wajar kerana tidak seperti Barisan Nasional yang merupakan sebuah komponen politik yang sah, Pakatan Rakyat tidaklah berdaftar secara rasmi. Maka itu, bayaran seumpama itu wajar untuk mengekalkan sokongan mereka terhadap kerajaan negeri sedia ada.

Amalan ini bagaimanapun tidak dipraktikkan di Penang dan Kelantan kerana masing-masing DAP dan PAS mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri secara bersendirian.

Maka itu, PAS harus memecat Sanusi kerana mendedahkan rahsia besar Pakatan Rakyat ini kepada umum. Tindakan ini tidak boleh diterima langsung kerana ia boleh menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sekarang kalau SPRM dapat menghidu perkara tersebut.

Jangan ketinggalan, cari punca siapa yang mendorong kedua Zuhdi dan Sanusi untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat dalam isu penggantian Menteri Besar Selangor ini - seolah menangguk di air yang keruh.

1 comment:

Anonymous said...

Baru sedar ke sebenarnya PR lagi korup dari BN. Pendedahan bukan isunya tetapi perbuatan korup yg tak sepatutnya berlaku walaupun rakyat tak tahu