Thursday, July 31, 2014

MB Selangor: PAS Akan Dapat Lebih RM 200 Juta?


Pakatan Rakyat dikatakan telah membuat keputusan malam semalam bahawa PAS akan menerima lebih dari RM 200 juta dari yang dijanjikan sebelum ini sekiranya Datuk Seri Wan Azizah Ismail berjaya menjadi Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim.

Artikel berkenaan boleh dirujuk disini.

Menurut sumber, masih belum dapat ditentukan sama ada DAP akan turut menerima peruntukan yang sama seperti PAS, tapi besar kemungkinan DAP akan kekal dengan RM 200 juta yang telah diperuntukkan kepada mereka.

Sekali lagi ditegaskan disini, jika berita ini benar berlaku, wang ini bukan wang rasuah sebagai tukar ganti sokongan PAS atau DAP terhadap pencalonan Wan Azizah, tapi sememangnya dana dalam perancangan Menteri Besar yang baru terhadap parti-parti politik di Selangor untuk tujuan menyuburkan demokrasi.

Rakyat Selangor tidak kisah berapa banyak wang yang perlu dikeluarkan untuk tujuan ini, asalkan kemelut penggantian Menteri Besar ini dapat diselesaikan dengan segera kerana buat masa ini ia tidak langsung membantu Pakatan Rakyat di negeri itu.

Sehubungan dengan itu, satu sidang media bersama akan diadakan esok oleh 3 pemimpin utama komponen Pakatan Rakyat untuk mengumumkan sokongan mereka terhadap pencalonan PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Dalam masa yang sama, mesyuarat kepimpinan tinggi PAS pada 10 Ogos untuk membincangkan perkara sama, akan dibatalkan atau digantikan dengan agenda yang lain, contohnya bagaimana nak mengagihkan wang beratus juta ringgit itu nanti untuk tujukan operasi parti.

Tahniah kepada pimpinan Pakatan Rakyat kerana akhirnya berjaya menyelesaikan kemelut yang dahsyat ini, semoga selepas ini Selangor akan bertambah makmur dan maju dibawah pentadbiran Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

2 comments:

Anonymous said...

Ya lah, semuanya kerana Wang. Itulah akibatnya apabila menjadi hamba wang. Kesian rakyat Selangor.

nyo komeng said...

Kenapa DAP dah dapar 200 juta tapi PAS tak dapat 200 juta??

Nak kena tukar MB dulu baru janji akan dapat.
Bukan rasuah? kepala hotak ko!