Wednesday, July 23, 2014

Rosmah Atau Najib Telefon Ketua Pemberontak?


Walaupun Pakatan Rakyat secara dasarnya mengakui kejayaan Najib Tun Razak membawa keluar mayat dan kotak hitam pesawat MH17 dari kawasan nahas, tapi dalam masa yang sama kita masih ragu-ragu sebenarnya dengan apa cara kejayaan itu boleh dicapai?

Najib dan ketua pemisah Ukraine, Alexander Borodai bukan pernah berjumpa pun sebelum ini.  Tentera kita pun begitu daif sekali untuk menggentarkan Borodai.  Sekurang-kurangnya kita tahu sekarang Borodai ada juga BUK-M1, Malaysia ada?

Lainlah kalau dalam diam Najib ada buat hubungan dengan kumpulan pemberontak seperti mana Najib main kira di belakang kerajaan Thailand dan Filipina apabila mengadakan perbincangan dengan kumpulan pemberontak di dua negara tersebut.

Tak tahulah kan, tapi setakat yang kita difahamkan, tidak ada.

Begitu juga dakwaan kerajaan membayar sejumlah wang untuk mendapatkan mayat dan kotak hitam pesawat tersebut, ini juga gagal dibuktikan.  Sumber Pakatan Rakyat yang turut serta dalam pasukan penyelamat yang dihantar kerajaan ke Ukraine pun mengesahkan mereka tidak membawa sebarang bentuk wang dalam jumlah yang besar.

Justeru, bagaimana dengan mudah sekali Najib mendapatkan kebenaran untuk membawa keluar mayat dan kotak hitam itu dalam tempoh 24 jam selepas perbincangan melalui telefon tersebut dan kenapakah perbincangan ini dirahsiakan termasuk dikalangan anggota kabinet Najib sendiri?

Maka itu, tidak hairanlah kenapa sekarang ada dakwaan yang mengatakan bukan Najib yang membuat panggilan tersebut, tapi isterinya, Rosmah Mansor!!

Rosmah, dikatakan mengguna sejenis pukau atau hipnosis sehingga Borodai dengan mudah menyerahkan semua mayat-mayat tersebut dan kotak hitam pesawat kepada pasukan penyiasat dari Malaysia.

Itu sajalah teori yang logik buat masa sekarang kerana dipandang dari sudut mana sekalipun, hampir mustahil Najib boleh mendapatkan kerjasama Borodai dengan mudah dikala negara-negara kuasa besar seperti Russia dan Amerika Syarikat pun gagal melakukannya.

2 comments:

Anonymous said...

tak mustahil dengan izin Allah. Allah nak tunjuk kebenaran. kalau benci orang biarlah jahatnya kau kutuk. jangan kebaikannya kau ragukan. Allah pon tak suka. husnuzon

Anonymous said...

Kah kah kah!! Bangang punya admin!!!