Thursday, July 3, 2014

RUU Harmoni Idea Pakatan Rakyat

Rang Undang-Undang Harmoni yang dicadangkan untuk menggantikan Akta Hasutan 1948 ini sebetulnya adalah cadangan dari Pakatan Rakyat sendiri.  Najib hanya memberi nama kepada undang-undang itu sahaja tapi idea asalnya adalah dari Pakatan Rakyat sendiri.

Tidak hairanlah kenapa hampir semua ahli NUCC yang dilantik untuk merangka draf undang-undang tersebut adalah terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat.  Antara lain Ahli Parlimen PAS, selebriti yang menyokong PKR, bekas Presiden Majlis Peguam dan lain-lain.

Keanggotaan mereka ini akan memberi leverage kepada Pakatan Rakyat kerana idea dan buah fikiran mereka akan berpaksi kepada Pakatan Rakyat.  Dalam erti kata lain, apa yang Pakatan Rakyat mahu dalam undang-undang baru itu nanti, akan dimasukkan - walaupun kita bukan lagi kerajaan.

Menurut sumber dari NUCC sendiri, beberapa cadangan penting yang disumbangkan Pakatan Rakyat melalui wakil kita telah dimasukkan ke dalam draf yang akan diserahkan kepada kabinet antaranya mengurangkan hak keistimewaan orang Melayu, menurunkan Islam sebagai agama persekutuan dan beberapa hal berkaitan institusi beraja.

Semua ini adalah perjuangan Pakatan Rakyat sejak sekian lama dan peluang yang diberikan Najib dengan melantik wakil-wakil Pakatan Rakyat ke dalam NUCC, ibarat bulan jatuh ke riba. 

Cuma yang tidak sedapnya, NUCC tidak mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap rang undang-undang ini kerana kata putus hanya terletak di tangan kabinet sebelum dibahaskan di Parlimen.  Sebelum itu Jabatan Peguam Negara akan meneliti terlebih dahulu.

Ada besar kemungkinan, semua cadangan dari NUCC tidak akan diterima kerajaan kerana tidak menepati selera politik parti pemerintah.

Maka itu seharusnya Najib memberikan kuasa penuh kepada NUCC untuk menyediakan draf lengkap rang undang-undang ini sebelum dipanjangkan di Parlimen.  Tindakan menyerahkan draf ini kepada Peguam Negara dan Kabinet hanya melambatkan masa dan menunjukkan kerajaan tidak ikhlas untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948