Saturday, July 5, 2014

Sedih Sharifah Aini Meninggal, Najib & Menterinya Macam Tiada Kerja!!

Perdana Menteri Najib Tun Razak dilaporkan menyatakan rasa sedih atas kematian penyanyi popular era 70-an, Datuk Sharifah Aini akibat komplikasi paru-paru lanjutan dari penyakit H1N1 di sebuah hospital swasta pagi tadi.

Turut bersama-sama Najib mengucapkan takziah ialah Timbalannya, Muhyiddin Yassin dan beberapa orang Menteri kabinet yang lain seperti Zahid Hamidi dan sebagainya.  Sekali rasa macam negara ini dalam berkabung dan bendera akan dikibarkan setengah tiang!!

Percayalah, kita tidak akan jumpa senario seperti ini (ucap takziah bila ada penyanyi mati) di negara-negara maju yang lain, negara miskin dan melarat tu aku tak tahulah.

Hanya Malaysia sahaja perbuatan yang hampir  ke taraf kelakar ini berlaku.

Ironinya, dalam kerajaan BN dengan beraninya mengumumkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam, penghormatan yang sebegini diberikan kepada seorang artis - bidang kerja yang selalu dikaitkan dengan kelalaian dan maksiat, seterusnya berlawanan dengan ajaran Islam.

Satu hal yang lain, kelihatannya macam Perdana Menteri dan menteri menterinya sudah tidak ada kerja lain sehingga ada masa untuk mengucapkan takziah kepada penyanyi yang mati.  

Bila penyanyi tersohor dunia seperti Micheal Jackson dan Whitney Houston meninggal dunia, tidak pernah kita dengar Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan barisan kabinetnya mengucapkan takziah atas kematian tersebut.

Padahalnya berbanding dengan 2 penyanyi tersohor itu, dimana taraf Sharifah Aini sehingga hampir seluruh kabinet Malaysia seakan berkabung dan mengucapkan takziah?

Aku tak rasa Sharifah Aini pernah menghasilkan walau satu album yang menyamai jumlah jualan Whitney Houston pun, Micheal Jackson jangan cakaplah, cukup sekadar membandingkan antara dua bekas manusia ini pun, macam nak muntah.

Tak sesuai langsung.

Rakyat nyata jelak dengan semua kebodohan yang ditunjukkan Najib dan kabinetnya.  Banyak urusan dalam negara ini yang perlu diberi perhatian, bukan membuang masa melahirkan rasa sedih atas kematian seorang penyanyi yang tidak popular langsung di peringkat dunia.

Nasib baik tidak ada kepimpinan Pakatan Rakyat yang mengikut jejak langkah yang sama, tak mahulah setaraf dengan Najib dan menteri-menterinya.