Thursday, July 10, 2014

Serangan Gaza: Najib Tidak Mewakili Rakyat, Israel Ada Hak Pertahan Diri


Lanjutan dari kecaman terbuka Perdana Menteri Najib Tun Razak ke atas serangan udara yang dilancarkan Tentera Udara Israel (IAF) ke atas Gaza yang diperintah pertubuhan pengganas Hamas, Pakatan Rakyat dijangka akan mengadakan sidang media berhubung isu yang sama hari ini.

Jika sidang media Najib mewakili kerajaan yang menang pilihanraya secara teknikal, sidang media Pakatan Rakyat pula akan mewakili majoriti rakyat berdasarkan kiraan undi popular dalam PRU13 yang lepas.

Menurut draf kenyataan dalam sidang media tersebut yang diterima blog ini, antara lain Pakatan Rakyat melahirkan rasa kesal ke atas serangan yang mengorbankan sebilangan kecil orang awam dan kanak-kanak itu, tapi dalam masa yang sama mengakui hak Israel untuk mempertahankan diri dari serangan yang dilancarkan pengganas Hamas terlebih dulu.

Ramai pemerhati menyifatkan kenyataan dalam sidang media yang akan diadakan Pakatan Rakyat nanti adalah tepat dan tidak menyinggung mana-mana pihak yang bertelagah di Timur Tengah sana, berbanding dengan Najib yang mengecam Israel secara membuta tuli sehingga boleh mengundang sekatan antarabangsa.

Adakah Najib tidak sedar bahawa serangan udara itu adalah serangan balas setelah Israel terlebih dahulu dibadai dengan serangan roket oleh unit tempur pengganas Hamas, Briged Al-Qassam?  Sebelum itu 3 remaja yahudi telah diculik dan kemudian dibunuh oleh pengganas Hamas.

Walaupun Malaysia tidak mengiktiraf Israel secara diplomatik, tapi Malaysia harus mengikut ketetapan antarabangsa yang mengiktiraf penyelesaian 2 negara antara Israel dan Palestin.  Antara asas dalam penyelesaian 2 negara ini ialah, Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri bila diserang dan inilah yang mereka lakukan sekarang.

Jadi dimana salahnya sehingga Israel nak dikecam?

Sebagai pertubuhan politik yang matang, Pakatan Rakyat berpegang kepada ketetapan yang telah diputuskan di peringkat antarabangsa.  Ketetapan ini konsisten dengan pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu temubual dengan The Wall Street Journal awal tahun lepas dimana Anwar secara terbuka berikrar untuk menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel.



Rakyat Palestin di Gaza seharusnya menyalahkan Hamas sehingga berlakunya serangan udara oleh IAF ini.  Jika Hamas tidak mengganggu Israel dengan serangan roket, Israel tidak ada sebab untuk menyerang balas dengan senjata canggih milik mereka.

Justeru dengan pendirian yang bakal diambil dalam sidang media yang akan diadakan nanti, Pakatan Rakyat berharap masyarakat antarabangsa tidak mengambil tindakan drastik ke atas negara ini lanjutan dari kenyataan tidak bertanggungjawab Najib berhubung serangan udara tersebut.

3 comments:

Anonymous said...

apa yang kau merepek ni....

Anonymous said...

apa yang kau merepek ni ....

Anonymous said...

terpulang kepada masing2 punyer pandangan... cuma kalu rajin.. cuba baca sejarah penubuhan israel... berapa byk kawasan palestin dicerobohi.. dn cari juga kawasan israel yg ditawan oleh plo, hamas n fatah... tanya lh pemimpin agung kamu itu satu soalan... dr awal kemelut israel dn palestin.. siapa yg mencerobohi... dan siapa yg dicerobohi...