Tuesday, August 26, 2014

Anwar Memang Setaraf Mahatma Gandhi & Nehru


Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa Naib Presiden PKR yang baru, Rafizi Ramli menyamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan dua tokoh India yang terkenal, Mahatma Gandhi dan Jawaharlal Nehru dalam ucapan penutupnya di Kongres Nasional PKR 2014 yang berakhir Ahad lepas?

Atau selebriti-selebriti dari India seperti MGR (Sivaji The Boss) dan sebagainya. Kenapa mereka, kenapa mesti India?  Adakah nak membodek atau suka-suka?

Biar aku jelaskan disini, pemilihan tokoh-tokoh dari India untuk disamatarafkan dengan Anwar ini ialah selain memudahkan pemahaman rakyat (tanpa perlu bercerita panjang), juga adalah kerana ciri-ciri penting kedua-dua tokoh tersebut yang turut ada pada Anwar.

Mahatma Gandhi sebagai contoh, adalah seorang pemimpin kerohanian India. Mendiang tidak pernah menjadi Perdana Menteri mahupun Presiden Negara tersebut walaupun dikenali sebagai tokoh kemerdekaan India. 

Tapi, walaupun tanpa sebarang jawatan politik, beliau mampu membawa perubahan kepada Negara itu dengan idea-idea baru yang menyatukan rakyat India – sama macam Anwar sekarang dengan jawatannya sebagai Ketua Umum PKR (bukan jawatan politik, dilantik oleh Presiden PKR).

Sumbangan terbesar Gandhi kepada India ialah pluralisme agama dimana semua agama adalah sama dan tidak melebihi antara satu dengan yang lain walaupun India adalah sebuah Negara dengan majoriti penganut agama Hindu.

Walaupun idea itu (pluralisme agama) menyebabkan India terbahagi kepada 3 apabila Pakistan dan Bangladesh terbentu lanjutan dari bantahan orang muslim terhadap idea tersebut, India masih menjadi antara Negara termaju di dunia sekarang.

Pluralisme agama seperti yang semua orang tahu ialah fahaman baru yang sedang diusahakan Anwar di Negara ini untuk menyatupadukan rakyat Malaysia, mengambil contoh dari kejayaan Gandhi di India.

Sementara Jawaharlal Nehru pula membawa gambaran apa Anwar akan jadi selepas ini dan generasi selepasnya.

Menjadi Perdana Menteri India yang pertama, anak tunggal Nehru, Indra Gandhi pula adalah Perdana Menteri ketiga Negara itu selama 16 tahun bermula pada 1966 sebelum cucunya, Rajiv Gandhi menjadi generasi ketiga keluarga itu dilantik menjadi Perdana Menteri selama 5 tahun bermula pada petang 1989 selepas Indra dibunuh pengawal peribadinya sendiri. 

Kita semua tahu Anwar sedang menyediakan keluarganya untuk menerajui barisan kepimpinan masa depan Negara, bermula dengan puteri sulongnya Nurul Izzah.



Semua inilah yang faktor-faktor kenapa Rafizi menyamakan Anwar dengan Mahatma dan Nehru. Sebagai seorang yang diakui bijak oleh rakan dan lawan, Rafizi tidak akan membuat persamaan seumpama itu tanpa kajian mendalam terlebih dahulu.

No comments: