Tuesday, August 26, 2014

Cukup-cukuplah Bersedih Pasal MH17


Rakyat Malaysia rasanya sudah muak dihidangkan dengan pelbagai cerita sedih lanjutan dari kejadian malang menimpa pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine bulan lepas.

Kalau setakat cerita sedih mengenai mangsa dan ahli keluarga mereka yang ditayang berulang kali di media arus perdana tu bolehlah tahan lagi (walaupun rasa loya), tapi dalam yang sama, tak ramai bertanya berapa banyak wang rakyat keluar untuk melihat ‘kesedihan’ ini berlanjutan.

Kos nak membawa balik semua mayat-mayat mangsa MH17 ini aku jangka antara tertinggi dalam sejarah dunia. Selain 20 mayat yang dibawa pulang sekaligus Jumaat lepas, ada masing-masing 1 dan 2 mayat lagi dihantar secara berasingan pada Sabtu dan Ahad.

Melainkan mayat yang dihantar balik pada hari Sabtu, mayat-mayat yang dibawa balik pada hari Jumaat dan Ahad, mendapat sambutan istiadat ketenteraan dan ada diantaranya yang dihantar balik ke kampong halaman masing-masing dengan pesawat dan helikopter canggih tentera.

Ini semua menelan belanja, dan masih ada baik 20 mayat lagi yang akan dibawa pulang, 6 daripadanya dijangka tiba minggu ini.

Maka itu jangan marah kalau rakyat tanya, sampai bila semua ‘kegilaan’ ini akan berakhir? Kalau Najib nak gila sorang-sorang dia, lantak dialah, masalahnya, duit rakyat dah banyak mengalir keluar ni, apa hasil yang dapat?

Yang mati tetap mati, yang hilang ahli keluarga tetap hilang ahli keluarga, tidak ada apa yang berubah, semuanya masih sama.

Justeru, semua ini perlu dihentikan, cukup-cukuplah tu.

Adalah lebih baik kalau semua duit ini digunakan untuk menampung kebajikan rakyat yang masih hidup, bukan yang telah mati. 

Dalam masa yang sama, pentadbiran Najib perlu meminta pampasan sewajarnya dari kerajaan Rusia atas kejadian ini kerana semua ini tak akan berlaku kalau pemberontak yang mereka sokong di Ukraine tidak tembak jatuh pesawat itu.



Mungkin dengan pampasan itu nanti, lara rakyat Negara ini yang tertekan dengan perbelanjaan banyak yang digunakan untuk urusan perkabungan dan membawa balik semua mayat mangsa MH17 itu kesini, dapat dikurangkan.

No comments: