Tuesday, August 26, 2014

Kenapa Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Penang Dibenci BN?


Beberapa hari kebelakangan ini, BN mula mempersoalkan penubuhan PPS (Pasukan Peronda Sukarela) Penang oleh kerajaan DAP berikutan beberapa kejadian kekasaran yang dikaitkan dengan anggota pasukan tersebut.

Ada beberapa cerita yang sengaja ditokok tambah mengenai satu dua sikao anggota PPS bertujuan untuk memburukkan imej pasukan itu yang sejak penubuhannya telah banyak berbakti kepada rakyat Penang.

Rakyat merasa pelik kerana sejak ditubuhkan pada 2009, ini adalah kali pertama BN melancarkan serangan besar-besaran ke atas PPS, persoalannya kenapa sekarang, kenapa tidak dulu?

Adakah kerana kewujudan PPS telah berjaya mengurangkan kadar jenayah di Penang, melebihi pencapaian oleh pihak polis maka BN merasa cemburu dan mula mengganggu pasukan tersebut supaya ia akhirnya dibubarkan?

Sepatutnya BN bertanya kepada polis Penang kenapa mereka gagal mengurangkan indeks jenayah negeri itu sebelum PPS dibentuk, bukan mengambil kesempatan dengan menyerang PPS setelah indeks jenayah menurun dengan banyak sejak ditubuhan.

Persoalan tentang berjuta-juta ringgit wang peruntukkan yang diberikan kepada pasukan tersebut oleh kerajaan negeri juga tidak perlu dipertikaikan kerana ia adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri dengan niat untuk mengurangkan kadar jenayah di negeri itu yang berada pada tahap kritikal pada zaman pemerintahan BN.

Walaupun pasukan ini tidak berdaftar secara rasmi selain banyak dilihat terlibat dalam aktiviti berkaitan DAP, itu tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk membantah peruntukkan kerajaan yang diberikan kepada mereka sebab jasa mereka terlalu banyak dalam membasmi jenayah di Penang.

Hanya orang bodoh di luar Penang sahaja yang mempertikaikan fungsi PPS, rakyat Penang sendiri menghargai PPS kerana mereka boleh Nampak kebaikan yang dibawa pasukan tersebut.

PPS sebenarnya berfungsi sama seperti pasukan sukarela di negeri-negeri lain seperti Rukun Tetangga, cuma fungsinya lebih besar iaitu menjaga seluruh negeri Penang berikutan kegagalan pihak berkuasa mengawal jenayah di negeri tersebut.

Sudah tentu dalam menjalankan tugas tersebut, ada satu dua insiden terpencil membabitkan anggota pasukan ini yang tidak boleh dielakkan. Anggota polis yang terlatih itu pun bukan semuanya baik, ada juga yang mengasari orang awam.

Apalah sangat kes membabitkan anggota PPS ini kalau nak dibandingkan dengan anggota pasukan keselamatan?



Satu dua kekasaran oleh anggota PPS tu rakyat maafkan sajalah, pihak keselamatan punya track record, jauh lebih banyak dari itu.

No comments: