Friday, August 15, 2014

Ba'iah PAS Tidak Berkuatkuasa Kalau Masuk PKR


Ada kebimbangan bahawa 2 ADUN PAS yang mengingkari arahan Majlis Syura Ulama PAS dengan menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor semalam, secara automatik telah menceraikan isteri masing-masing dengan talaq tiga, mengikut ba'iah (sumpah) yang dilafazkan ketika menerima pencalonan sebelum PRU13 dulu.

Dua ADUN berkenaan ialah Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Bagi yang tidak tahu, PAS mengamalkan upacara ba'iah kepada semua calon pilihanrayanya untuk mengelakkan mereka dari melompat parti setelah memperolehi kemenangan.

Antara lain, ba'iah itu menetapkan akan jatuh talaq 3 kepada isteri calon PAS yang melompat parti setelah menang dalam pilihanraya.  Mereka juga bersetuju dilaknat oleh Tuhan dan Malaikat kalau engkar kepada arahan parti.

Perkara ini pernah di dedahkan oleh bekas ADUN PAS Gunung Semanggol, Ramli Tusin pada tahun 2009.



Nampak bodoh dan sia-sia?  Tapi itulah yang berlaku, nak buat macam mana, lain padang, lain belalang.

Walaupun begitu, perlu dimaklumkan bahawa ba'iah ini berbeza mengikut negeri tapi secara umumnya, menceraikan isteri dengan talak 3 ini memang antara syarat wajib ada.

Berita gembiranya, beberapa alim ulama telah mengesahkan bahawa dalam konteks politik Pakatan Rakyat hari ini, ba'iah itu tidak terpakai kalau dua ADUN PAS berkenaan menyertai PKR atau DAP kerana parti ini dikira sebagai adik beradik dengan PAS.

Walaupun diakui Pakatan Rakyat bukan sebuah badan rasmi yang berdaftar seperti mana kenyataan Khalid semalam, tapi itu hanya terpakai di dunia.  Dari segi hukumnya, PAS, DAP dan PKR adalah bersaudara, sehingga diputuskan sebaliknya.

Maka itu, tidak perlu menceraikan isteri seperti mana ba'iah tersebut, boleh meneruskan perkahwinan seperti biasa.

Bukan setakat itu sahaja, 2 ADUN berkenaan juga tidak diwajibkan untuk memberi respon kepada arahan PAS untuk menarik balik sokongan terhadap Wan Azizah kerana PAS dan PKR secara teknikalnya masih lagi bersaudara.


1 comment:

Anonymous said...

Ba'iah ni sumpah dalam Islam bukan boleh buat main-main..ni apa? Tuhan pun nak tipu ke?

gila punya PAS