Friday, August 15, 2014

Merdekakan Selangor Dari Khalid Sebelum 31 Ogos


Difahamkan Pakatan Rakyat telah menetapkan tarikh 31 Ogos sebagai tarikh akhir untuk menamatkan krisis Menteri Besar Selangor yang sedang melanda negeri itu sekarang.

Pakatan Rakyat tidak akan menunggu sehingga bulan November (pada waktu sidang DUN diadakan) untuk menumbangkan Khalid kerana sebagai Menteri Besar, banyak yang boleh dia lakukan sepanjang tempoh 3 bulan ini untuk menggagalkan perlantikan Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

Semalam pun telah diumumkan, semua Ahli Majlis dari PKR dan DAP yang 'tidak boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri' diminta melepaskan jawatan tersebut atau menghadapi kemungkinan dipecat.


Ini tidak boleh dibenarkan kerana 85% daripada mereka adalah pemimpin akar umbi DAP yang komited dengan tugas masing-masing untuk memajukan negeri Selangor yang prestasi ekonominya semakin menurun dibawah pentadbiran Khalid.

Krisis ini pun telah banyak membebankan Pakatan Rakyat terutama perpecahan di kalangan parti komponen.  Keengganan PAS menarik balik sokongan terhadap Khalid, adalah bukti kepada kenyataan itu.

Malah boleh dikatakan, apa pun keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17hb ini tidak akan memberi apa-apa kesan kerana Majlis Syura Ulama (badan tertinggi) telah pun membuat keputusan lebih awal.

Kalau pun keputusan mesyuarat itu memutuskan semua bakki 13 ADUN PAS sedia ada untuk menyokong Wan Azizah, keputusan itu tidak memberi sebarang makna kerana tidak ada merit dari segi undang-undang.

Tarikh 31 Ogos dipilih kerana dijangka pada waktu tersebut DYMM Sultan Selangor telah pulang bercuti dari luar negara, dalam masa yang sama juga, kesemua ADUN Pakatan Rakyat terutama yang berada di luar negara, sudah pulang.


No comments: