Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam yang menjatuhkan hukuman mati ke atas pengawal keselamatan La Ode Ardi Rasila kerana kesalahan membunuh pegawai Ambank, Norazita Abu Talib tahun lepas, seharusnya membangkitkan semula bantahan terhadap perlaksanaan hukuman tersebut di negara ini.
Tanpa merujuk kepada kepada mana-mana kes, sejak 2010 lagi Pakatan Rakyat telah mula senada dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini yang mahu hukuman mati dihapuskan seperti mana yang telah lama dilakukan oleh beberapa buah negara maju.
Malah pada satu ketika, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Sri Nazri Aziz (kini Menteri Perlancongan) juga berjanji untuk mengkaji semula perlaksanaan hukuman mati, terutama untuk kesalahan berkaitan dengan dadah.
Perkara ini (penghapusan hukuman mati) seharusnya disegerakan kerana dalam negara berusaha mencapai taraf negara maju pada tahun 2020, kita perlu setanding dari segala segi dengan negara-negara barat ini untuk dilihat setaraf.
Dalam masa yang sama, Pakatan Rakyat mengalu-ngalukan proses rayuan ke atas hukuman yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi semalam oleh peguamnya S Selvi (dilantik Kedutaan Indonesia) dan berdoa semoga penghapusan hukuman mati ini sempat dilaksanakan sebelum giliran La Orde tiba.
No comments:
Post a Comment