PENGANALISIS politik meramalkan PR tidak mungkin mampu menawan semula Selangor, jika satu pilihan raya di negeri diadakan semula.
Pensyarah Komunikasi Politik, Ekonomi dan Komunikasi Antarabangsa, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Darulsalam Abu Bakar berkata, ini kerana sebahagian pengundi di Selangor merupakan penyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan mungkin mereka mengambil keputusan untuk tidak menyokong mana-mana parti dalam PR.
“Akan ada segelintir rakyat yang mengambil pendirian atas pagar kerana tidak mahu berada dalam kelompok penyokong PR dan mungkin mereka tidak akan keluar mengundi.
“Itu senario yang diramalkan berlaku, sekiranya Sultan Selangor perkenan untuk membubarkan Dun,” katanya.
Beliau yakin sekiranya pilihan raya umum diadakan rakyat mahupun pemimpin telah bersiap untuk memilih barisan kepimpinan baru, namun PR terpaksa bekerja keras untuk menawan semula Selangor.
“Saya lihat peluang kedua ini ada kelebihan pada Umno dan BN kerana mereka boleh menggunakan isu ini sebagai satu senjata bagi menawan semula Selangor. Tidak mustahil rakyat akan berubah dan berpaling arah,” katanya.
Darulsalam berkata tindakan PR yang enggan membuat usul undi tidak percaya kerana tidak mahu pilihan raya diadakan semula.
“Mereka sebolehnya mahu pertukaran kuasa itu berlaku secara lancar tanpa sebarang pilihan raya dan mahu Abdul Khalid akur dengan keputusan parti.
“Atas alasan itu menyebabkan sehingga hari ini undi percaya tidak dilakukan. Mereka mungkin bimbang kalau undi tidak percaya ini dilakukan Abdul Khalid masih mendapat sokongan majoriti dari Adun.
“Jadi kaedah yang terbaik adalah dengan mengadakan rundingan dengan Abdul Khalid untuk dia melepaskan jawatan secara suka rela,” katanya.

No comments:
Post a Comment