Monday, August 11, 2014

UMNO Jadi Talian Hayat Khalid Kalau Mahu Kekal MB

  • Khalid IbrahimKhalid Ibrahim
 1 / 1 
SELANGOR tidak perlu mengadakan piluhan raya negeri ( PRN) walaupun Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah disingkirkan daripada PKR.

Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa, Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr Azmi Hassan berkata,  kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor tidak akan tergugat dengan sokongan penuh yang diterima dari Pas.
“Tidak perlu buat PRN tapi dengan syarat Abdul Khalid kena dapat sokongan penuh dari Pas dan BN dalam Dun untuk undi tak percaya.

“Juga cukup sekadar suara dari dua atau tiga dari Adun PKR untuk elakkan PRN. Pas ada 15 kerusi dalam Dun, BN pula 14, jadi bila gabung jadi 29 suara sokong Abdul Khalid.


“Berbeza pula dengan DAP yang memang sama ada 15 kerusi manakala PKR 13 kerusi dan jika dicampur, ada 28 suara sokongan jika mereka sokong Abdul Khalid. Jadi untuk kekalkan menteri besar, kena ada dua atau tiga suara sokongan dari PKR untuk mendapat majoriti suara mahukan Abdul Khalid kekal sebagai menteri besar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau menambah, dengan desakan yang terus menerus ke atas Abdul Khalid ini juga Pakatan Rakyat (PR) bakal mengalami perpecahan yang besar kerana ketidakstabilan dan masalah dalaman parti.

“DAP dan PKR bolehlah dapat satu suara untuk desak Abdul Khalid berundur tetapi bagaimana pula dengan suara Pas? Mahu diabaikan juga?,” katanya.

Melalui pemerhatian, katanya, BN memang mahukan Abdul Khalid kekal sebagai menteri besar walaupun berbeza haluan parti.

“Dengan sokongan yang ada dari BN juga, Abdul Khalid boleh kekal sebagai menteri besar,” ujarnya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN),  Prof Datuk Dr Mustafa Ishak  pula berkata,  Pas merupakan talian hayat yang ada untuk Abdul Khalid untuk terus kekal menerajui Selangor.

“Kemungkinan Abdul Khalid untuk lompat parti itu ada, tetapi  jika ia dibenarkan dalam PR, jika tidak, memang Abdul Khalid tidak selamat dengan semua desakan dalaman yang mendesaknya untuk berundur,” katanya.

No comments: