Monday, August 11, 2014

Khalid Banyak Sumbang Wang Ringgit Pada PKR Tapi Pemecatannya Wajar

saifudin
SHAH ALAM: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata PKR tidak akan mengambil langkah drastik memecat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti sekiranya tiada isu yang serius untuk langkah sedemikian diambil.

Isu besar yang dimaksudkan adalah melibatkan cadangan Selangor untuk menaikkan caj yuran lesen perniagaan, kenaikan kadar elaun anggota Kabinet Selangor dan cadangan penstrukturan semula industri air yang menyaksikan Khalid bersetuju untuk meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang ditentang PKR selepas mengambil alih Selangor selepas Pilihan Raya 2008.
“Kita mahu polisi yang mahu dilaksanakan tidak membebankan rakyat, kerana kita akan berdepan dengan rakyat.
“Keputusan PKR memecat keahlian Khalid juga menjadikan Selangor negeri pertama dalam sejarah Malaysia yang mempunyai menteri besar yang tidak mewakili mana-mana parti,” katanya dalam ceramah PKR di Sekyen 19 semalam yang dihadiri kira-kira 400 orang.
Menurut Saifuddin lagi, pemecatan Khalid juga adalah kerana sikapnya yang degil dan sering tidak dapat menghadiri mesyuarat biro politik yang diadakan oleh PR.
Majlis Pimpinan Pusat PKR secara rutin mengadakan perbincangan mengenai prestasi dan isu dalam permasalahan di Selangor.
“Di dalam mesyuarat itu setiap parti di dalam PR akan memberi teguran dan cadangan.
“Daripada 136 mesyuarat, Khalid hanya dapat hadir sebanyak 42 kali,” jelasnya.
Tambah beliau, dengan permasalahan tersebut parti mengambil langkah dengan melonggarkan syarat duduk di dalam angota biro politik dan parti menjemput exco Selangor serta pegawai pejabat Khalid masuk ke dalam mesyuarat.
“Dengan harapan supaya bila isu Selangor dibincangkan mereka boleh sampaikan kepada Khalid.
“Kita cuba dalam masa tiga tahun namun tetap tidak ada perubahan,” ujarnya.
Katanya lagi, proses perundingan telah dilaksanakan antara parti dengan Khalid. Pemecatan Khalid daripada parti telah melalui satu proses yang panjang
“Khalid merupakan sahabat baik kepada keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Keputusan memecat Khalid adalah satu keputusan besar,” jelasnya.

No comments: