Wednesday, August 6, 2014

DAP: Gagal lunas janji punca Khalid ditolak

  • Tony PuaTony Pua
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Kegagalan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjadikan Selangor sebagai negeri contoh di Malaysia  menyebabkan beliau ditolak oleh DAP.

Ketua Publisiti DAP, Tony Pua mendakwa, Abdul Khalid turut gagal menunaikan pelbagai janjinya sebelum ini.

"DAP sebulat suara menolak Abdul Khalid adalah kerana beliau tidak menjadikan Selangor modal kerajaan 'Putarajaya'.


"Sebab sekarang Pulau Pinang yang dijadikan 'role model' sebenarnya kita mahukan Selangor," katanya di Forum : Krisis Selangor :Pakatan Berpecah? di Dewan Perhimpunan Cina-Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Menyentuh hal yang sama, Tony berkata, antara kegagalan Abdul Khalid ialah projek membersihkan Sungai Klang.

"Projek itu dilancarkan pada tahun 2009 dengan peruntukan sebanyak RM10 bilion namun sehingga hari ini masih belum ada perkembangan.

"Sementara itu peruntukan Maris (kerajaan pusat kepada kerajaan negeri) untuk menyelenggara jalan  raya dan  longkang di Selangor tidak digunakan secara baik.

"Jawapan Abdul Khalid dalam Dun menyebut Kerajaan Pusat menyediakan sebanyak RM464 juta, tetapi hanya RM19 juta digunakan.

"Ini tidak esfieyen kerana banyak projek yang tidak dapat dijalankan," katanya.

Dalam pada itu, Tony berkata, Abdul Khalid juga gagal untuk menubuhkan tiga pusat kebudayaan di Selangor sepertimana yang dijanjikannya.

"Janji beliau untuk mewujudkan pusat kebudayaan Cina, India dan Melayu di Selangor sehingga kini masih belum dilaksanakannya," katanya lagi.

No comments: