SHAH ALAM - PR sudah bersedia menghadapi pilihan raya mengejut negeri jika ia terpaksa dilakukan bagi mendapatkan Menteri Besar Selangor yang baharu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika pilihan raya terpaksa diadakan, PR sudah bersedia untuk menghadapi pengundi dan berkeyakinan penuh rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong PR.
"Rakyat perlu diyakinkan. Jika keputusan sukar perlu dibuat, ia akan dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat dan dibuat untuk maslahah atau kepentingan rakyat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika pilihan raya terpaksa diadakan, PR sudah bersedia untuk menghadapi pengundi dan berkeyakinan penuh rakyat Selangor akan sekali lagi menyokong PR.
"Rakyat perlu diyakinkan. Jika keputusan sukar perlu dibuat, ia akan dibuat setelah mengambil kira kepentingan rakyat dan dibuat untuk maslahah atau kepentingan rakyat.
"Sama ada kita hilang sokongan akibat pendirian yang kita ambil...kita akan terus beristiqamah dan komited dengan matlamat untuk membentuk Malaysia yang lebih adil, bebas korupsi dan benar-benar demokratik," katanya.
Beliau berkata, persefahaman mengenai hak lantikan Menteri Besar Selangor telah wujud dalam kalangan pimpinan PR.
"Situasi ini sama. PKR juga pernah bersetuju akan hak parti-parti lain dalam membuat keputusan yang sama di negeri-negeri dan persefahaman ini wajib dipatuhi.
"Kita juga bimbang akan nada perkauman dan perpecahan yang disuarakan segelintir pimpinan kecil PR yang jelasnya mencabuli nilai-nilai asas dan mereka ini perlu dikenakan tindakan disiplin," katanya.
Bagaimanapun Anwar tetap yakin, isu Menteri Besar Selangor ini akan dapat diselesaikan dengan cara baik sesuai dengan semangat PR.
"(Isu ini) sama ada diselesaikan melalui proses peralihan yang lancar, undi tidak percaya atau pilihan raya.
"Tetapi, tidak ada sebarang keperluan untuk mengadakan pilihan raya negeri kerana BN hanya ada 12 kerusi dalam kalangan 56 kerusi Dun dan PRU13 yang baru selesai kira-kira 15 bulan lalu.
"Tetapi kita jamin, tidak akan sesekali menyimpang daripada nilai-nilai asas dan akan terus memastikan kepentingan rakyat tetap didahulukan. Kita yakin dan percaya bahawa peristiwa ini akan terus mematangkan dan memperkasakan kita," katanya.
Beliau berkata, rakyat menaruh kepercayaan dan adalah wajar bagi PR memastikan tidak akan mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat.
"Saya ingin tegaskan, PR tidak akan berpecah semata-mata kerana pilihan calon menteri besar.
"Sebaliknya, PR boleh dan akan hanya berpecah jika ada parti komponennya yang sanggup berkompromi dalam prinsip-prinsip dasar seperti kewibawaan, ketelusan dan kebertanggungjawaban di dalam pengurusan kerajaan," katanya.
No comments:
Post a Comment